Tuesday, December 1, 2020

Cara Untuk Putihkan Gigi Dengan Selamat

 Assalamualaikum.

Tahun 2020 dah sampai pengakhirnyaa.

Siapa sini peminat kopi dan teh? 

Lepastu ada masalah gigi kuning, ada yang cakap gigi kuning tu normal lah bagi peminat kopi tapi bila nak hadir majlis ke apa tak sanggup lah nak senyum nampak gigi kuning kan,

Tapi takkan setiap kali majlis kena p klinik buat whitening kan,

lambat dan sekarang ni semu kena buat temujanji.

KENAPA GIGI MENJADI KUNING?

Sebenarnya gigi yang sedikit kuning adalah normal. Ini kerana, apabila seseorang semakin meningkat dewasa, permukaan gigi akan menjadi haus dan mendedahkan struktur dentin yang berwarna kekuningan. Sebab itulah gigi orang dewasa akan nampak lebih kusam berbanding kanak-kanak.

Namun di samping itu, terdapat beberapa makanan yang boleh memberi kesan kekuningan pada enamel, iaitu lapisan paling luar pada gigi. Plak yang terhasil pada gigi juga boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Jika gigi anda menjadi kekuningan disebabkan 2 faktor ini, anda boleh mengatasinya dengan beberapa cara seperti di bawah.

CARA PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI & SELAMAT


MENGUNYAH MAKANAN ‘PENCUCI MULUT’

Mengunyah makanan seperti epal, sayur saderi (celery) atau lobak merah dikatakan dapat menjadikan gigi lebih putih disebabkan teksturnya yang berserat.

Dengan mengunyahnya sebagai snek, anda dapat membersihkan sisa makanan yang terlekat antara gigi dan serta mengesat plak-plak kekuningan yang terhasil di celahannya.

Selain menjadi snek yang sihat untuk tubuh, anda juga dapat memiliki senyuman yang bersinar!

BAKING SODA

Antara petua memutihkan gigi yang paling popular adalah dengan menggunakan baking soda.

Caranya, bancuhkan suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Lakukannya sekali seminggu atau setiap 2 minggu.

Jangan berlebihan ya sebab penggunaan baking soda secara melampau juga dikatakan boleh menghakis enamel gigi anda.

GARAM

Penggunaan garam dipercayai mampu menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya.

Caranya adalah dengan menyapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilasnya seperti biasa.

Sekalipun dapat bertindak sebagai antibakteria, elakkan membubuh garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkannya.

HADKAN KOPI & MINUMAN BERGULA

Kopi adalah salah satu musuh ketat gigi anda yang terkenal sebagai punca gigi kuning selain rokok dan minuman bersoda. Hal ini bukanlah bermaksud anda perlu mengelakkannya 100%, namun anda mungkin boleh mengehadkan kuantiti pengambilannya setiap hari.

Ini kerana minuman dan makanan bergula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Streptocuccus Mutans,  iaitu bakteria utama penyebab plak dan gingivitis yang merosakkan gigi serta menjejaskan keputihannya.

GUNA STRAW KETIKA MINUM

Kalau nak elak gigi cepat kuning, minum minuman bergula atau kopi melalui straw kerana tindakan ini dapat menghindarkan direct contact dengan gigi.

Kalau tak ada straw, cuba pastikan mulut anda dibilas selepas 30 minit menikmati minuman tersebut.

AMBIL MAKANAN BERKALSIUM TINGGI

Sesetengah gigi berubah menjadi kekuningan disebabkan lapisan enamel yang terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning. Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli boleh mambantu mengelakkan hakisan dan sekaligus mengekalkan keputihannya.

BERUS & FLOS

Jangan pandang rendah kepada rutin memberus dan membersihkan gigi dengan flos. Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi manakala penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan.

Sesetengah makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi. Makanan yang terbiar lama di celahan boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.

RAWATAN PERGIGIAN YANG BOLEH DIDAPATI DI KLINIK

Proses pemutihan gigi boleh dilakukan di klinik, namun ia melibatkan penggunaan bahan aktif iaitu hidrogen peroksida. Bahan ini menghasilakan radikal bebas yang mampu bertindak untuk melarutkan warna kuning pada permukaan gigi.

Sungguhpun sangat berkesan, namun ia perlu dilakukan oleh pegawai pergigian yang bertauliah. Seeloknya, prosedur pemutihan gigi ini juga hanya patut dilakukan untuk keadaan tertentu sahaja. Jangan jadikan ia satu amalan harian kerana ia tidak sihat untuk kesihatan gigi.

GUNAKAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL

Whiteksh Magic Charcoal ialah produk penjagaan gigi yang mana adalah 100% bahan semulajadi seperti arang aktif dari tempurung kelapa. Produk ini tidak mengandungi bahan penghakis yang akan membuatkan gigi korang terhakis dan ia juga selamat digunakan kerana mendapat kelulusan dari pihak KKM.

Whitekish Magic Charcoal produk yang membantu memutihkan gigi,menghilangkan nafas berbau serta mengatasi masalah karang gigi.

Siapa nak tengok video boleh visit instagram ateng.


Berminat boleh dapatkan dekat link di bawah

website : www.whitekish.com

Call/SMS/Whatsapp : 0178898788

#Whitekish #WhitekishJM #jamumall #whitekishfeedback.

No comments: