Monday, September 29, 2025

Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase

 Shopee Malaysia bekerjasama dengan POP MART untuk melancarkan koleksi ‘Twinkle Twinkle Savor The Moment Series’ Figures dan Fresh-Baked Mini Cookies Plush Pendant yang dinanti-nantikan pada 30 September 2025. Bagi meraikan pelancaran ini, peminat boleh menyaksikan maraton Shopee Live eksklusif yang menawarkan restok mengejut, peraduan giveaway istimewa serta hadiah dengan pembelian (GWP) di Kedai Rasmi POP MART di Shopee Mall.

Siri terbaharu ini menampilkan 10 watak Twinkle Twinkle yang mempesona, setiap satunya dihasilkan dengan unsur penceritaan dan rekaan ikonik POP MART. Bertemakan keberanian semasa menghadapi kesukaran, siri ini memaparkan watak-watak menikmati detik-detik harian, umpama menambahkan adegan buku cerita dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, restok terhad bagi Twinkle Twinkle Sweet Dreams Forecast Series - Plush Pendant Blind Box akan kembali, memberi peluang eksklusif kepada pengumpul untuk melengkapkan koleksi mereka.

Maraton Shopee Live akan bermula pada 30 September, jam 11:00 pagi di akaun rasmi POP MART dalam halaman Shopee Live, dengan penampilan khas oleh pencipta kandungan Luwis Tan (@luwistann) pada jam 7:30 malam. Peminat boleh menantikan restok eksklusif yang hanya ditawarkan menerusi siaran langsung serta berpeluang memenangi hadiah giveaway eksklusif Shopee seperti ‘Twinkle Twinkle Classic Series - Goodnight Pat-activated Lamp’ dan ‘Twinkle Twinkle Savor The Moment Series’ Figures. Sebagai sambungan acara, Shopee juga akan mengadakan siaran langsung khas POP MART di akaun @shopeemamak pada jam 9:30 malam, di mana enam pemenang bertuah berpeluang membawa pulang figura ‘Twinkle Twinkle’ dengan pembelian minimum.


Selain maraton Shopee Live, peminat juga boleh menebus hadiah eksklusif GWP berdasarkan pembelian, di mana:

30 pembeli pertama dengan perbelanjaan minimum RM300 akan menerima blind box rawak daripada mana-mana siri watak POP MART;

100 pembeli pertama dengan perbelanjaan minimum RM199 akan menerima ‘123! Twinkle-Twinkle Series’ Shaker Keychain;

100 pembeli pertama dengan perbelanjaan minimum RM399 akan menerima ‘Twinkle Twinkle Be a Little Star Series’ - Multilayer Structure Rotating Refrigerator Magnet.





Sertai maraton siaran langsung di Shopee Live untuk meraikan pelancaran ‘Twinkle Twinkle Savor The Moment Series’ Figures (Kiri) dan rebut peluang memenangi ‘Twinkle Twinkle Classic Series - Goodnight Pat-activated Lamp’ (Kanan).

Langgan saluran rasmi POP MART dan Shopee Mamak sekarang untuk menyertai maraton siaran langsung, memenangi giveaway menarik, dan merebut hadiah eksklusif GWP bermula 30 September!


Saturday, June 28, 2025

Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya

 


Assalamualaikum. lama tak menaip hehe harini sesaja nak join segmen dari blogger lain. macam best jugak. Sekarang kan tengah hype tentang ChatGPT, so kita pun nak try la apa yang ChatGPT tulis pasal blog kita. Ini hasilnya haha




haha boleh la noh. 
kalau ada yg nak join boleh klik gambar atau SINI
seronok jugak boleh menaip ni tapi ni curi2 la menaik waktu rehat dkt opis,
takda masa weh.



Monday, June 23, 2025

Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E-Dagang yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

 Dalam landskap digital Malaysia yang semakin berkembang pesat, penjual tempatan kini mentakrifkan semula cara untuk berkembang dan berhubung secara dalam talian melalui pendekatan jualan yang lebih inovatif. Penjual tempatan seperti Arwaafood, JK Biscuits, dan Hollywood MotorSport memanfaatkan sepenuhnya rangkaian alatan perniagaan yang ditawarkan oleh Shopee dengan menggunakan Shopee Live untuk bercerita secara autentik dan berinteraksi secara langsung, Shopee Video untuk mempamer dan menerangkan produk, Shopee Affiliates untuk dorongan penemuan produk, dan label ‘Lagi Murah’ untuk menunjukkan nilai yang berdaya saing. Dengan menggabungkan ciri-ciri ini mengikut kesesuaian jenama dan matlamat mereka, mereka bukan sahaja membina jualan tetapi juga membina kepercayaan, keterlihatan dan komuniti.

Arwaafood: Membina Kepercayaan Melalui Penceritaan dan Kandungan ‘Mukbang’


Diasaskan oleh Hadi Kaderi, Nizar Mustafa, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa, Arwaafood menawarkan makanan segera bebas bahan pengawet yang berasaskan resipi tradisional. Sesi Shopee Live mereka bukan sekadar promosi, ia membawa penonton menyelami kisah di sebalik ramuan dan nilai mereka lalu menjalin hubungan yang mendalam dengan mereka yang mementingkan kesihatan. “Banyak makanan segera mengandungi bahan tambahan yang tidak bernutrisi,” kata Hadi. “Kami ingin mengubahnya dengan menggunakan bahan makanan semula jadi yang mencerminkan akar budaya dan nilai kesejahteraan kami.”

Pendekatan yang mengutamakan penceritaan ini telah membantu Arwaafood membina komuniti setia dan mencapai hasil perniagaan yang ketara. Dalam masa tiga bulan sahaja, sesi Shopee Live mereka berjaya menarik lebih 660,000 tontonan, manakala video Shopee yang dihasilkan oleh affiliate, terutamanya kandungan “mukbang”, membantu membuktikan kualiti dan rasa produk, terutamanya kepada pembeli baharu.

Hubungan erat dengan komuniti ini turut mempengaruhi strategi promosi Arwaafood. “Pelanggan kami bijak, mereka menanti hari kempen dan baucar,” jelas Hadi. “Kami perhati bahawa mereka akan ‘top-up’ produk kami semasa waktu ini, jadi kami buat pakej untuk beri lebih nilai.” Dengan menyelaras promosi mereka mengikut kempen besar Shopee, Arwaafood memaksimumkan keterlihatan dan kadar pembelian semasa waktu puncak.

Ketika Shopee 5.5 Festival Fesyen & Kecantikan baru-baru ini, strategi ini menghasilkan peningkatan pesanan sebanyak 144% dari hasil gabungan penstriman langsung harian, pakej strategik, dan baucar pada waktu strategik. Menariknya, usaha dari ahli affiliate Shopee menyumbang lebih 40% daripada jumlah pesanan yang membuktikan kemampuan mereka dalam menukar minat kepada tindakan. 

JK Biscuits: Dari Gerai Buah ke Kejayaan Dalam Talian



Inovasi tidak terhad kepada produk makanan berpek. Di Bidor, Perak, Madam Lai Nyuk Ling dari JK BISCUITS membuktikan bagaimana penjual hasil tani boleh berinovasi melangkaui gerai tradisional melalui e-dagang dan penglibatan digital. Perniagaan buah-buahan yang bermula secara sederhana ini kini berkembang menjadi kedai dalam talian yang menghantar jambu batu dan buah naga segar ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Cabaran terbesar bagi Madam Lai ialah bagaimana untuk membawa pengalaman memilih buah secara fizikal, yang biasanya melibatkan deria dan sentuhan, ke dalam ruang dalam talian. Shopee Live menjadi platform utama beliau untuk melakukannya. Dengan memotong buah secara langsung semasa siaran dan menunjukkan proses pembungkusan, beliau memberi gambaran telus tentang kualiti dan perhatian yang diberi pada setiap pesanan. “Pelanggan tahu dengan jelas apa yang mereka akan terima,” katanya. Interaksi masa nyata ini membantu meningkatkan keyakinan terhadap kesegaran, kemanisan dan kualiti buah-buahan yang dijual.

Pendekatan interaktif ini bukan sahaja meyakinkan pelanggan, malah turut menghasilkan keputusan perniagaan yang ketara dengan jualan mencecah sehingga RM4,000 sehari melalui sesi Shopee Live. Kejayaan Madam Lai turut memberi inspirasi kepada komuniti setempatnya untuk meneroka dunia e-dagang, membuktikan bahawa penjual hasil tani tradisional juga boleh menggunakan teknologi digital untuk membina kepercayaan dan berhubung secara bermakna dengan pengguna moden.

Hollywood MotorSport: Membawa Kepakaran Luar Talian ke Platform Dalam Talian dan Meluaskan Kecapaian Pelanggan

Sektor tradisional seperti automotif juga menemui cara berkesan untuk berkembang dengan menggabungkan kepakaran kedai fizikal bersama sentuhan digital. Hollywood MotorSport, nama yang dipercayai dalam penjualan alat ganti dan aksesori motosikal menggunakan Shopee untuk menyalurkan pengalaman servis peribadi kedai fizikal kepada pelanggan dalam talian di seluruh negara.

Menerusi Shopee Live, mereka mencipta semula pengalaman rundingan secara bersemuka dengan menunjukkan cara pemasangan produk secara langsung, menjawab soalan pelanggan, dan membuat perbandingan visual untuk membantu pembeli membuat keputusan tepat. Kandungan Shopee Video pula menjelaskan ciri-ciri produk yang rumit dengan cara yang mudah difahami menjadikan pembeli kali pertama lebih yakin.

“Dari dahulu lagi, kami amat menitikberatkan layanan peribadi kepada pelanggan di kedai fizikal kami. Sekarang kami boleh tawarkan pengalaman yang sama kepada lebih ramai pelanggan dalam talian,” kata Simon Tan, Pengarah Hollywood MotorSport. “Shopee membantu kami berkembang melangkaui trafik fizikal melalui pemasaran affiliate, data, dan interaksi masa nyata. Kini, kami mencipta perkembangan baharu tanpa perlu mengorbankan operasi sedia ada kami di kedai fizikal.”

Pendekatan hibrid ini membuahkan hasil. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mereka mencatat momentum yang kukuh menerusi penstriman langsung dan usaha ahli affiliate. Setiap bulan, hampir 1 dalam 5 pesanan bulanan diperoleh melalui ahli affiliate, yang dimana apabila digabungkan dengan pesanan melalui penstriman langsung, ianya menyumbang hampir suku daripada jumlah keseluruhan pesanan bulanan. Kandungan Shopee Video juga mencatat peningkatan sepuluh kali ganda dari segi penglibatan yang membantu pembeli memahami produk rumit seperti kit brek atau alat gantung (suspension parts) motor. Ianya bukan sahaja memacu jualan, malah turut mengukuhkan reputasi Hollywood MotorSport sebagai kedai pakar yang dipercayai untuk keperluan automotif. 

Shopee Syokong Jualan Bijak

Di sebalik semua kisah kejayaan ini ialah komitmen Shopee untuk memperkasa peniaga tempatan dengan alat dan data perniagaan yang mereka perlukan untuk mengadaptasi ke landskap e-dagang yang berubah-ubah ini. 

“Peniaga Malaysia kini lebih bijak dalam cara mereka memasarkan dan berhubung dengan pembeli,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia. “Mereka tidak hanya bersaing dari segi harga, tetapi menumpukan kepada nilai sebenar melalui inovasi dan penglibatan yang tulen. Kami menyokong mereka dengan data dan alat untuk merancang pendekatan tersendiri, membina hubungan jangka panjang dan berkembang secara berterusan lalu membentuk ekosistem e-dagang yang lebih sihat untuk semua.”

Sama ada Arwaafood yang berkongsi kisah di sebalik ramuan semula jadi mereka, JK Biscuits yang membawa pengalaman membeli buah secara langsung ke dalam talian, atau Hollywood MotorSport yang memberi panduan langkah demi langkah tentang produk automotif, para peniaga ini menunjukkan bahawa nilai bukan sekadar nombor. Ia tentang pendekatan inovatif yang membina hubungan bermakna dengan setiap transaksi.