Monday, March 24, 2025

Majoriti Ahli Affiliate Shopee Bersyukur Dapat Menyokong Keluarga Dengan Pendapatan Mereka

 87% ahli affiliate percaya bahawa personalisasi kandungan adalah faktor utama dalam membina kepercayaan dan meningkatkan jualan

Enam puluh peratus daripada ahli affiliateShopee mengatakan bahawa pendapatan mereka membantu menyara keluarga sambil memberi mereka gaya hidup yang fleksibel.

Ini adalah hasil kajian terbaru oleh Shopee Malaysia,

‘Perjalanan Ahli Shopee Affiliate: Tinjauan Pertumbuhan Ramadan & Raya’Kajian ini melibatkan lebih 2,000 ahli affiliateyang berkongsi harapan mereka untuk berkembang semasa Ramadan dan Raya 2025.

Sementara 40% lagi berkata mereka seronok berkongsi tawaran menarik,

membantu pengikut mencari produk terbaik, dan menjadi sumber rujukan yang dipercayai.

Ramadan dan Raya adalah masa yang istimewa untuk komuniti,

dan ahli Shopee Affiliate menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih menarik dan bermakna.

Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia, berkata, “Pencipta kandungan bukan sekadar mempromosi produk.

Mereka berkongsi pengalaman sebenar dan membantu pembeli membuat pilihan lebih bijak untuk persiapan perayaan.

Program Shopee Affiliate kami bukan sahaja memberi pendapatan tambahan kepada pencipta kandungan,

tetapi juga memudahkan pengguna membeli dengan lebih yakin.”


Kajian ini mendapati bahawa semua ahli affiliatemenekankan kepentingan kandungan berkualiti untuk membina kepercayaan, tetapi cara mereka berbeza.

87% memilih produk yang mereka sendiri telah cuba daripada penjual yang mempunyai penilaian tinggi,

atau barangan keperluan seperti baju raya dan hiasan rumah.

Sementara itu, 13% lagi menggunakan Shopee Video

atau Shopee Live untuk berkongsi pengalaman mereka membuka bungkusan atau mengulas produk,

menjadikannya lebih menarik dan mesra pengguna.


Ahli affiliate Shopee bukan sekadar mencadangkan produk –

mereka menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan dengan kandungan kreatif dan menarik.

90% menggunakan Shopee Video untuk memberi inspirasi kepada pengikut mereka, berkongsi idea pakaian dan cadangan hadiah.

Melalui ulasan jujur dan ‘unboxing’ kreatif, mereka membantu pembeli membuat keputusan lebih yakin.


Menjelang Kempen Raya Bersama Shopee,

ahli Affiliate mengambil peluang untuk mengembangkan pengaruh mereka dan berhubung dengan lebih ramai pembeli Malaysia.

100% ahli Affiliate melihatnya sebagai peluang untuk berkembang kerana

kempen ini membantu mereka berinteraksi dengan pengguna yang mencari cadangan terbaik dan

tawaran eksklusif.

“Menjadi ahli Shopee Affiliate memberi saya peluang menjadikan minat saya lebih bermakna,” kata Afifah Rosli,

pemenang anugerah Pencipta Video Shopee Terbaik di Anugerah Shopee Superstar 2024.

“Saya suka berkongsi idea dan produk yang boleh menceriakan Ramadan dan Raya.

Dari membantu seseorang memilih baju raya yang cantik hingga memperkenalkan mereka kepada kuih-muih sedap,

saya rasa puas hati kerana cadangan saya memberi manfaat kepada orang lain.”

Shopee juga membawa ahli affiliate dan jenama tempatan lebih rapat melalui acara seperti Shopee House: Rumah Terbuka Shopee.

Acara ini mengumpulkan lebih 900 Ahli Affiliate dan 30 jenama untuk sesi rangkaian, penstriman langsung, dan aktiviti menarik.

Lebih 800,000 penonton menyaksikan acara ini melalui Shopee Live,

menunjukkan betapa pentingnya hubungan antara jenama dan pencipta kandungan.

Shopee juga memperkenalkan beberapa inisiatif baharu untuk membantu ahli affiliate mendapat manfaat maksimum.

Kajian menunjukkan bahawa 75% ahli affiliate teruja dengan kempen Ramadan dan

Raya Shopee yang termasuk cabaran Misi Video Shopee, kempen ‘Pos & Menang’, Stream-A-Thon Shopee Live, dan Kelab Pencipta Kandungan.

Sementara itu, 25% lagi mahu mencuba ciri-ciri ini pada tahun 2025.

"Saya tak sangka berkongsi benda-benda kegemaran saya, boleh jadi sesuatu yang begitu bermakna," kata Sarah Mnasir, seorang ahli affiliate Shopee. "Raya kali ni memang rasa lebih istimewa sebab dengan pendapatan sebagai ahli affiliate, saya akhirnya dapat bantu keluarga segarkan rumah—tukar dekorasi baru, malah ganti beberapa barang elektrik lama.

Perkara kecil macam ni lah yang buat Raya jadi lebih bermakna."

Ahli affiliate Shopee membuktikan bahawa pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi dan

mesra pengguna adalah kunci kejayaan e-dagang, terutama pada musim perayaan.

Seiring perkembangan dunia digital, mereka yang berusaha untuk menggabungkan minat dengan nilai akan menjadi peneraju dalam industri ini.

Dengan memperkenalkan produk baharu, memberi inspirasi kepada pengguna, dan membina hubungan yang lebih erat, ahli affiliate bukan sekadar terlibat dalam pengalaman membeli-belah dalam talian – mereka membentuk masa depannya.


Thursday, December 26, 2024

Shopee Rai Lokal Perkukuh Ekonomi Tempatan, Pacu Ekonomi Digital

 Shopee sokong 1.8 juta Penjual Tempatan; 500,000 ahli Shopee Affiliate pacu 90 juta pesanan pada tahun 2024


Tahun 2024 merupakan tahun signifikan buat Shopee dalam usahanya untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan memupuk pertumbuhan komuniti di Malaysia. Menerusi inisiatif Shopee Rai Lokal, berjuta-juta pembeli menikmati akses kepada produk berkualiti tinggi dan berpelbagai daripada lebih 1.8 juta usahawan tempatan. Di samping itu, lebih 500,000 ahli Shopee Affiliate membantu memacu pesanan, sekali gus mengukuhkan peranan Shopee sebagai pemangkin kepada kelestarian ekonomi dan transformasi digital di Malaysia.


Shopee Rai Lokal: Memperkasakan Rakyat Malaysia Seluruh Negara

Dilancarkan pada tahun 2019, Shopee Rai Lokal telah menjadi tonggak utama dalam misi Shopee untuk meraikan dan menyokong komuniti pengguna, usahawan, dan bakat tempatan. Pada tahun 2024, Shopee mengukuhkan inisiatif ini dengan melancarkan laman web mikro Shopee Rai Lokal - platform khusus buat pengguna untuk menerokai dan menyokong produk dan perniagaan tempatan kegemaran melalui baucar dan diskaun eksklusif. Usaha ini merapatkan jurang antara penjual dan pembeli, mencipta laluan langsung untuk pengguna menyokong usahawan tempatan.


“Shopee percaya dengan membekalkan pengguna akses mudah untuk menyokong usahawan tempatan adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan memupuk ekosistem e-dagang yang cekal. Dengan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar, kami menghubungkan pengguna dengan produk Malaysia terbaik sambil memperkasakan penjual dengan alat perniagaan inovatif, ilmu perniagaan yang diperibadikan, dan meningkatkan keterlihatan jenama untuk membuka potensi penuh usahawan untuk berjaya dalam landskap digital yang semakin kompetitif,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


500,000 ahli Shopee Affiliate turut memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pengalaman membeli-belah untuk pengguna. Mereka membawa produk lebih dekat kepada pengguna dengan mencipta kandungan menarik, menghasilkan lebih 90 juta pesanan melalui pelbagai saluran di aplikasi seperti Shopee Live dan Shopee Video. Untuk meraikan pencapaian ini, Shopee juga telah melancarkan bahagian kedua dokumentari “Shopee Rai Lokal: Breaking Barriers Online”, yang memaparkan kisah kejayaan beberapa ahli Shopee Affiliate yang berjaya mentransformasikan ekonomi digital dalam komuniti tempatan mereka. Ini adalah susulan daripada bahagian pertama dokumentari pada tahun 2023 yang menampilkan cabaran dan kejayaan tiga penjual tempatan.


Salah seorang ahli Shopee Affiliate ini ialah Nurul Syuhana, seorang ibu lima anak yang menyertai program Shopee Affiliate pada tahun 2023 untuk membantu menyara keluarganya. Bermula dengan hanya beberapa pengikut media sosial, pendapatan komisen pertamanya berjumlah RM200 membawa semangat dan keyakinan kepadanya untuk komited kepada program ini sepenuh masa. Beliau mengasah kemahiran berstrim langsungnya dan berjaya meningkatkan jumlah pengikut daripada 33 ke 200,000, dan diiktiraf sebagai salah seorang pemenang dalam kategori 'Shopee Affiliate 2 Million Ringgit Club' di Shopee Superstar Awards 2024. “Menyertai program Shopee Affiliate adalah satu titik perubahan dalam hidup saya. Ianya bukan sahaja membolehkan saya membantu menyara keluarga, tetapi juga berkongsi produk yang saya benar-benar gemari dan membantu orang lain membuat keputusan yang lebih bijak,” kongsinya.


Mengangkat Fesyen Tempatan

Program seperti Pertunjukan Fesyen Raya Stail Kita memberi peluang eksklusif kepada pembeli untuk meneroka dunia fesyen Muslim tempatan. Dengan menampilkan 10 penjual tempatan, acara ini menarik lebih 70,000 penonton di Shopee Live. Pembeli turut diperkenalkan kepada koleksi fesyen baharu daripada pereka tempatan dan dapat belajar cara untuk menggayakan pakaian dari setiap jenama agar boleh sedondon bersama keluarga. 


Melengkapkan Penjual untuk Kejayaan Jangka Panjang

Untuk melengkapkan penjual agar dapat memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik, Shopee telah melancarkan program Digital Platform Upskilling Summit yang merangkumi 5 bahagian pada tahun 2024. Program ini melengkapkan lebih 1,000 penjual dengan ilmu pengetahuan penting tentang pematuhan peraturan, ketulenan produk, dan pensijilan Halal. Kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) membantu penjual mengatasi cabaran industri serta memperkukuh kepercayaan pengguna.


Bibi Farizona Mahdi, pemilik Umairah Homemade Cakes di Shopee, berkata,  “Program ini amat berinformatif untuk memahami lebih lanjut tentang regulasi kerajaan. Maklumat yang disampaikan adalah penting untuk kami patuhi dan selanjutnya boleh membantu memajukan perniagaan kami.” 



Memacu Transformasi Digital dengan Kerjasama Kerajaan

Kerjasama Shopee dengan KPDN melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) menekankan komitmennya untuk mempromosi produk buatan Malaysia dan membantu penjual tempatan berkembang dalam ekonomi digital masa kini. Kempen ini menyokong 1.8 juta penjual tempatan melalui laman web mikro khas serta disokong dengan aset pemasaran utama seperti baucar dan penstriman langsung untuk meningkatkan keterlihatan produk tempatan di platform. Shopee turut bekerjasama dengan KPDN dalam Program MADANI Rakyat di Sabah untuk terus menghubungkan penjual dengan pengguna di seluruh negara.


Melalui kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam Kempen Best of Malaysia, Shopee menyokong hampir 3,000 jenama tempatan untuk memperluaskan capaian mereka ke pasaran baharu di rantau Asia Tenggara. Dengan memanfaatkan alat perniagaan dan program Shopee, penjual berpeluang merentas sempadan dan meletakkan perniagaan Malaysia sebagai pemain yang kompetitif dalam pasaran e-dagang global.


“Kerjasama dengan KPDN dan MDEC mengetengahkan pegangan Shopee bahawa kolaborasi adalah kunci kepada pertumbuhan berskala dan mampan dalam ekonomi digital Malaysia. Dengan bekerjasama rapat dengan badan kerajaan, Shopee menyediakan platform sokongan berstruktur untuk memperkasakan penjual tempatan dan komuniti untuk berjaya,” tambah Tan.


Komitmen Shopee untuk menyokong komuniti melangkaui e-dagang. Melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berimpak, Shopee terus memperkukuh usaha untuk membawakan perbezaan bermakna dalam kehidupan rakyat Malaysia.


Memberi Kembali kepada Komuniti, Mencipta Impak Inklusif

Kempen Pek Kasih Mama, yang dilancarkan hasil kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), telah mengagihkan pek penjagaan kepada para ibu yang memerlukan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak, dan Johor. Inisiatif ini diperkukuhkan dengan Shopee Mum’s Club - komuniti maya yang memperkasa ibu-ibu dengan perkongsian ilmu dari pakar melalui sesi Shopee Live. Kelab ini juga menyediakan tips keibubapaan, kandungan secara langsung, baucar eksklusif, dan tawaran yang diperibadikan untuk menyokong ibu sepanjang perjalanan keibubapaan mereka.



Shopee kekal komited dalam misinya untuk memperkasakan penjual tempatan dan meningkatkan komuniti melalui inisiatif bertransformatif. Dengan memperkasakan perniagaan dan bakat tempatan, memacu keterangkuman dalam e-dagang, serta menjalin kerjasama strategik dengan badan kerajaan, Shopee terus menyumbang kepada inovasi digital yang berimpak di Malaysia.


Saturday, September 28, 2024

Shopee Bekerjasama dengan Agensi Kerajaan untuk Memperkasakan Penjual Tempatan dengan Ilmu Pengetahuan Regulasi Kerajaan

 Shopee Malaysia baru-baru ini menamatkan siri kedua Shopee Digital Platform Upskilling Summit, sebuah inisiatif perintis yang memperkasakan lebih daripada 1,000 penjual tempatan dengan ilmu pengetahuan penting tentang regulasi Kerajaan. Dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, program yang terbahagi kepada lima siri dan yang pertama seumpamanya dalam industri, membincangkan tentang kerumitan pematuhan undang-undang, ketulenan produk, dan kepercayaan pengguna. Inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan PMKS dan pekerja gig, sambil memupuk pertumbuhan mampan dalam ekonomi digital Malaysia.






Siri pertama sidang kemuncak ini memperkenalkan penjual kepada aspek kritikal pematuhan

regulasi. Pakar dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membawakan maklumat tentang

pendaftaran perniagaan, sesi Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)

merangkumi topik pensijilan produk, manakala Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

membincangkan perlindungan harta intelek. Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (PCD)

Kementerian Kesihatan Malaysia juga berkongsi panduan mengenai peraturan produk

kecantikan dan penjagaan kulit.


Siri kedua pula membincangkan regulasi kerajaan dengan lebih mendalam. Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) memberi nasihat kepada penjual tentang undang-undang

pengiklanan makanan, manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

(KPDN) membimbing penjual tentang selok-belok peraturan harga dan barang tiruan. Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi tumpuan kepada kesedaran Halal, mendidik

penjual mengenai proses pensijilan dan memastikan produk mereka mematuhi undang-undang

pemakanan Islam.

Md. Zaki bin Abd Samad, Ketua Sektor (Pencegahan) di KPDN Selangor, menyatakan

penghargaan beliau terhadap sidang kemuncak ini, dengan berkata, “Sidang kemuncak ini telah

memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang antara penjual dan pihak berkuasa.

Format hibrid, yang menggabungkan sesi bersemuka dengan penyertaan dalam talian,

membolehkan kami berinteraksi secara langsung dengan penjual, menjawab soalan mereka,

dan menjelaskan peraturan rumit. Interaksi ini dapat membantu penjual daripada terlibat

dengan masalah undang-undang dan meningkatkan keyakinan mereka untuk mematuhi

peraturan.”

Badruzzaman bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Program Keselamatan

dan Kualiti Makanan KKM mengetengahkan nilai pendidikan sidang kemuncak ini, “Program ini

merupakan platform yang sangat baik untuk penjual Shopee memahami dengan lebih

mendalam tentang peraturan pengiklanan makanan. Adalah penting label produk dan iklan

mematuhi undang-undang. Sesi ini melengkapkan penjual dengan ilmu pengetahuan yang

diperlukan untuk mematuhi undang-undang dengan yakin lalu memupuk pasaran yang

bertanggungjawab dan boleh dipercayai.”


Peserta juga mendapat manfaat daripada sesi Shopee University yang berkongsi tentang

kaedah untuk meningkatkan trafik ke kedai, meningkatkan jualan, dan mengoptimumkan

penyenaraian menggunakan alat canggih seperti ChatGPT.

Penjual yang menghadiri sidang kemuncak turut berkongsi pandangan mereka tentang program

ini. Bibi Farizona Mahdi, pemilik Umairah Homemade Cakes di Shopee, berkata, “Program ini

amat berinformatif untuk memahami lebih lanjut tentang regulasi kerajaan. Maklumat yang

disampaikan adalah penting untuk kami patuhi dan selanjutnya boleh membantu memajukan

perniagaan kami.” Wu Chih Ping, Pengurus Besar Jualan Tempatan dari Chek Hup, jenama kopi

terkenal Malaysia, berkata, “Kerjasama Shopee dengan agensi kerajaan telah meningkatkan

keyakinan saya terhadap platform ini. Komitmen mereka dalam membantu kami memahami isu

pematuhan regulasi membina kepercayaan dan melengkapkan kami dengan ilmu pengetahuan

yang bermakna.”

Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata, “Komitmen

kami lebih daripada sekadar menyediakan alat perniagaan untuk berjaya. Kami faham penjualan

dalam talian juga memerlukan pematuhan rangka kerja industri seperti regulasi pendaftaran

perniagaan, iklan, perlindungan data, dan pembayaran. Dengan membina kerjasama yang

berkesan dengan agensi kerajaan dan pihak berkepentingan, kami berusaha untuk

memperkukuh ekosistem e-dagang dan memperkasakan penjual tempatan. Kami akan terus

berusaha untuk memenuhi potensi penjual sepenuhnya yang memajukan ekonomi digital

Malaysia. Bersama-sama, kita boleh memberi impak yang berkekalan dan menyokong

pertumbuhan usahawan kita.”