Assalamualaikum.
Happy Saturday!
Sebelum ni ateng dah pernah cerita serba sedikit tentang SAPS Ibu Bapa dekat SINI.
tapi harini ateng nak cerita lebih mendalam tentang SAPS Ibu Bapa ni,
Seperti sedia maklum SAPS Ibu Bapa ni website untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak bagi ibu dan bapa yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini bertujuan memudahkan urusan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak contohnya ujian bulanan, atau tahunan. Tiada lagi alasan untuk ibu bapa yang tidak dapat mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka.
Macaman cara penggunaan sistem ini?
Semudah ABC..
Klik SINI untuk masuk website Sistem SAPS Ibu Bapa.
Klik SINI untuk website seperti paparan dalam gambar.
Ibu bapa perlu mengetahui nombor kad pengenalan anak-anak serta nama sekolah sahaja untuk mengakses website SAPS Ibu Bapa ini. Sekarang semua dihujung jari simpan dalam 'smartphone' lebih mudah kalau takut terlupa. Tiada alasan ibu bapa tidak sempat mengikuti perkembangan anak anak.
Website ini adalah untuk para guru dan setiausaha peperiksaan memasukkan data pelajar untuk paparan ibu bapa. Ini adalah rangkaian sambungan daripada SAPS Ibu Bapa.Zaman arus kemodenan semua dihujung jari hanya perlu klik dan luangkan sedikit masa. Malah Ibu Bapa hanya perlu sentiasa peka dengan tarikh peperiksaan dan bertanggungjawab untuk ambil tahu perihal anak-anak.
Dengan kewujudan SAPS ini tiada lagi masalah seperti anak-anak takut untuk memberitahu ibu bapa tentang markah peperiksaan serta meniru tandatangan ibu bapa pada slip peperiksaan.
Selain itu, ateng ada lagi satu website yang ingin dikongsikan, iaitu
SAPS -https://www.portalmalaysia.com/saps-ibu-bapa/
Website ini menyediakan jadual waktu peperiksaan terutamanya peperiksaan awam seperti UPSR, SPM malah STPM juga disediakan. Ibu bapa mungkin boleh rujuk website ini untuk membuat permohonan cuti semasa hari peperiksaan anak-anak dengan lebih cepat dan pantas. Malah ibu bapa boleh memantau anak-anak untuk ulangkaji lebih awal apabila mengetahu tarikh peperiksaan. Ini sebagai satu peluang yang baik untuk memastikan prestasi anak-anak cemerlang gemilang dan terbilang, eh! :D
Selain itu website ini turut berkongsi lebih mendalam serta langkah penggunaan website SAPS ini. Malah turut disertakan pelabagai tips peperiksaan, tips belajar untuk di amalkan kepada anak-anak sebagai langkah persediaan ibu bapa.
Malah dekat website ni turut disediakan nombor untuk dihubungi serta sedikit maklumat mengenai SAPS yang ibu bapa tidak tahu.
Ibu bapa perlu sentiasa kunjungi website ni untuk kesenangan masa hadapan.
Terlupa Login SAPS Ibu Bapa
Jika anda terlupa butiran login saps ibu bapa anda, usah risau kerana anda boleh reset semula username dan password yang diisi sebelum ini.
Bagi para guru yang terlupa login SAPS Guru, boleh cuba reset username dan password anda semula di ruangan login. Jika masih gagal, boleh terus hubungi SUP sekolah anda.
SUP sekolah anda akan RESET kata laluan anda pada modul KEMUDAHAN – SENARAI PENGGUNA.
Setelah proses RESET dilakukan anda perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baharu.
Sekian.
Harap bermanfaat buat para ibu bapa dan semuaa.