Tuesday, January 10, 2017

Sebab Perempuan Dah Tawar Hati Dengan Lelaki

Assalamualaikum.

harini rasa rajin nak menulis sebab bosan duduk rumah hehe rasa macam free sikit harini,
scroll FB terjumpa artikel ni, menarik bg seketoi ateng. hehe

so rasa nak kongsi dekat sini, tuan yang tulis artikel saya pinjam ye. terima kasih~


Wanita mempunyai tahap kesetiaan yang tinggi berbanding lelaki. Tahap ‘sayang’ seorang wanita terhadap seorang lelaki memang tidak dapat ditandingi oleh orang lelaki. Wanita kalau dah sayang, memang dah sungguh-sungguh sayangnya. 

Senang cerita, bukan mudah untuk seorang wanita mempermainkan hati seorang lelaki. Namun, masih ada segelintir antara kaum wanita yang tidak mempunyai tahap kesetiaan sebegitu. Berkenaan dengan tajuk pada entri kali ini, ianya jarang wujud perasaan di mana wanita sudah mula tawar hati. Tapi.. apabila terbitnya perasaan itu, jelas ianya menunjukkan mereka terlalu terluka sehingga dah sampai tahap tawar hati. 

Tapi, apa sebabnya?


Si lelaki tidak mengambil berat

Wanita mempunyai hati yang sangat cepat terluka. Bagi mereka, kaum lelaki yang langsung tidak mengambil berat akan si wanita, ianya seolah-olah si lelaki tidak pedulikan mereka. Kalau boleh untuk kaum lelaki, sesibuk mana pun anda, cuba lah curi sedikit masa untuk bertanyakan khabar buat pasangan anda. “Dah makan ke belum? Dah balik kerja ke belum? Sihat ke tak?” ianya nampak remeh, tapi ianya sangat penting bagi kaum wanita.


Si lelaki sering bercakap bohong

Wanita kalau dah sekali dua ditipu oleh lelaki, mungkin mereka masih boleh telan lagi, namun apa akan terjadi sekiranya mereka sering ditipu? Mereka akan sudah mula hilang rasa sayang terhadap kaum lelaki. Ini adalah kerana, mereka sudah boleh agak, kenapa mereka ingin meneruskan hubungan dengan lelaki yang sering bercakap bohong? Layakkah mereka untuk bersama dengan seorang yang suka menipu? Ianya bukan untuk jangka masa yang pendek, malah untuk selama-lamanya.


Si lelaki berlaku curang

Wanita mana yang boleh terima apabila pasangan mereka berlaku curang. Kadang-kadang disebabkan orang ketiga, hubungan mereka menjadi renggang. Sudah mula jarang berhubung antara satu sama lain. Si wanita sudah mula tawar hati dengan lelaki sebegini. Jauhkanlah dari berlaku curang.


Si lelaki cepat marah dan suka memaki hamun

Wanita menerima baik buruk lelaki, namun apabila si lelaki yang jenis cepat marah dan menggunakan kata-kata kesat ketika berlaku selisih faham antara mereka, maka, tawar lah hati si wanita untuk meneruskan hidup mereka dengan lelaki tersebut. Lelaki yang baran dan suka maki ini nanti senang-senang sahaja naik tangan dengan mereka selepas berkahwin. Sebab itu, lelaki di luar sana, marah tak marah, jaga percakapan dan tingkah laku anda ya.

Ingat, perempuan kalau dah move on, memang susah untuk mereka berpatah balik pada anda. Mula-mula semasa nak tinggal, memang heartbroken tahap teruk, namun bila dah move on, anda pula yang menyesal. Sila take note ya para lelaki!

sebenarnya masa zaman diploma pernah la tersuka dekat seseorg ni, tapi itupun lepas dia buat confession, bg seketoi bunga ateng yg susah nak suka org ni, rasa itu lah first time mempunyai perasaan seperti itu, pada mulanya mmg seronok tapi selepas dua bulan dah tak seronok bila  si kumbang mula tunjuk yang dia ada belang dia bukan kumbang dia harimau belang eh? hahahaha ok tipu je.

for me, perasaan suka tu normal bg dua jantina yg berlawanan tapi adakah logik lepas buat confession dan lepas dah ubah perasaan seseorg, ia ditinggalkan? tanpa sepatah kata? nak masuk kategori apa tu?  hm manusia berubah kan.

dan dalam hidup ni tak boleh nak salahkan lelaki atau perempuan dalam sesuatu perhubungan kena ada sikap give and take gitu lahh, tak reti nak ulas panjang panjang sbb sebenarnya tak berapa minat bab hati ni, tp itu lah pengalaman guru terbaik kita, bila dah rasa mcm tu masa diploma terus rasa dah tutup pintu untuk rapat dengan mana mana lelaki, walhal seketoi bunga ateng ni mmg suka berkawan dengan semua org, mungkin ada hikmah kannn~~


dan artikel ni, setuju part bila perempuan dah move on jangan harap lahh dapat balik. say goodbye first hehehehe boleh tapi kena try hard lahh, bunga kot ni eh?

No comments: