Assalamualaikum.
wah dah masuk tahun baru 2017, dah mula sekolah kan,
mesti ada yang sibuk sangat kan bila tahun baru ni tambah tambah ibu bapa, kalau pertama kali hantar anak ke sekolah mesti lagi excited kan lagi bertambah la sibuknya tu.
Sebagai ibu bapa, kita sangat perlu untuk menitik beratkan pendidikan
anak-anak. Pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dapat menjamin
keterusan masa depan mereka di dalam era globalisasi yang mencabar ini.
Bagaimana untuk memastikan anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan
terbaik dalam pembelajaran mereka?
Bagaimana memastikan anak kita terus
cemerlang dalam pelajaran dan dalam masa depan mereka?
Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita
adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka.
Ya, sebab
keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi
pembelajaran mereka.
Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan
peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik serta berterusan!
ateng nak tanya ni..
Bila kali terakhir anda cek keputusan peperiksaaan anak anda dan bila
kali terakhir anda suami isteri berbincang bersama demi memastikan
kecermalangan anak-anak?
Apa?Tak pernah?
Jangan macam itu, sila ambil berat
dengan pendidikan anak-anak. Oh ya, mungkin dulu susah untuk dapat
tengok keputsan anak-anak, sekarang da mudah boleh cek secara online!
APA ITU?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
BAGAIMANA?
baca artikel ni okeyy ibu ibu bapa bapa...
Kenapa anak-anak dan ramai orang bercakap mengenai saps ibu bapa
ini?
Sebelum bercerita lanjut, baca dulu artikel ini sampai habis.
Semoga ianya bermanfaat untuk semua ibu bapa di Malaysia terutamanya.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi
membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online.
Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.
senangkan?
Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat appointment dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga.
Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.
Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.
Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah.
Oh Ya, Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.
Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.
Tiada lagi alasan untuk zaman teknologi ni.
Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online. tak rugi tau share.
sekarang zaman teknologi sangat mudah bagi ibu bapa semak prestasi anak anak, sibuk bukan alasan untuk abaikan anak anak tau? sambil sambil buat kerja dekat pejabat boleh curi curi tengok kejap jer, hehehe
mudah sangat, tiada lagi alasan ibu bapa takda masa untuk anak anak,
lahirlah generasi gemilang terbilang dan cemerlang. eh?
jangan lupa share tauuuuu~~
step out~~
No comments:
Post a Comment