Tuesday, April 4, 2017

Majlis Perasmian MBH Medispa Cawangan Sungai Petani

Assalamualaikum. 

Sebulan lebih menghilang, malam ni kita marathon hehe

Baru baru ni ateng dapat jemputan bersama Blogger Utara pergi Majlis Perasmian MBH Medispa Cawangan Sungai Petani pada 1 April 2017 iaitu cawangan yang ke 11 tau. Rasa macam mimpi dapat jemputan VIP gitu~




MBH ni bermaksud Maya Beauty House,yang mana Maya diambil sempena nama anak pengasas MBH, Puan Yaya Mohammad. Ateng kagum dengan pengasas ni sebab beliau dari bidang kejuruteraan tapi terjebak dengan dunia kecantikan ni, jauh sangat lari kan. Majlis perasmian bermula pukul 2pm, tapi kami kena sampai pukul 12, untuk sesi temubual bersama pengasas MBH ni mengenai cawangan beliau yang ke 11.


Puan Yaya Mohammad

Selain daripada kami para blogger, ada beberapa artis dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ni. nak tahu siapa? teruskan membaca ok.




Selepas sesi temubual, banyak yang kami dapat tentang MBH ni, sangat menarik serta lain daripada yang lain. Setiap pengunjung yang datang akan mendapat rawatan sehingga masalah yang dialami selesai serta balik dengan kepuasan Pelbagai rawatan ditawarkan dengan harga yang sangat berbaloi.


Antaranya yang paling di minati:

1. Dermapen Micro Needle
2. Mudnetic Detox Facial
3.Carbon Laser Advanced
4.V Shape Treatment

Menurut apa yang disampaikan Puan Yaya antara rawatan yang paling dikehendaki adalah DERMAPEN. Mungkin ateng wajib cuba nanti.





Free analysis skin pada hari perasmian, kalau hari biasa mungkin dikenakan caj. Best boleh tahu jenis masalah kulit kita sebelum diteruskan dengan rawatan susulan seterusnya.




VIP table.

Selain daripada rawatan analisis kulit secara percuma pada hari tersebut, turut disediakan makanan untuk para tetamu serta aiskrim yang super sedap untuk yang bawak kanak-kanak, dan yang paling menarik 90% diskaun kepada semua tetamu pada hari tersebut, untung siapa yang dapat peluang ni. Hari yang sangat meriah, dari pagi hingga ke petang.




Selepas sudah selesai sesi menjamu selera, ke bahagian sesi potong kek pulak. Antara artis yang hadir ialah Lisdawati, Fareez Mentor, dan Qody. Yang bertudung kelabu cantik manis tu yang bertanggungjawab untuk cawangan ke 11 ni Kak Amy.



Qody sebagai pengacara dan Fareez memeriahkan majlis dengan nyanyian beberapa buah lagu untuk para tetamu yang hadir.


 Puan Yaya Mohammad, Lisdawati, Kak Amy dan yang sado tu Duta MBH, Afiq Yasin.






 MBH Medispa Sungai Petani dirasmikan oleh Lisdawati, Selebriti Malaysia.




Mesti ramai yang nak tahu senarai lagi 10 cawangan MBH Medispa ni kan?


meh ateng senaraikan,

1. Kota Damansara
2. Ampang
3. Bangi
4. Johor Bharu
5. Melaka
6. Negeri Sembilan
7. Shah Alam
8. Cheras
9. Wangsa Maju
10. Ipoh

Sungai Petani yang ke 11. Puan Yaya ada maklumkan cawangan seterusnya dekat Pulau Pinang. Wah setiap negeri satu cawangan senang kan nak buat rawatan dekat MBH Medispa tak perlu susah payah nak pergi jejauh.


Team Blogger Utara bersama Selebriti Malaysia, Lisdawati.

 Sebelum menjamu selera wajib selfie ok.

 The Blogger Utara



Dekat mana cawangan Sungai Petani ni? 

Sungai Petani Utara.


Alamat : 19, Jalan Cempaka 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani Kedah.

Contact : 018 299 9039

Visit link untuk tahu harga dan rawatan yang disediakan

Web : www.mbhmedispa.com
Facebook : MBH Medispa Sungai Petani / MBH Medispa
Instagram : mbh_medispa / mbh_medispa.sgpetani







Aktiviti sebelum pulang, bergambar bersama artis jemputan serta duta MBH Medispa, terima kasih Puan Zalia serta pihak MBH Medispa menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis. 



Terima kasih juga untuk goodies bag. Nanti ada kelapangan ateng nak cuba rawatan yg disediakan dan share dekat sini.

step out. tunggu next entry

3 comments:

zarul farhana said...

cuba jgn tak cuba ya atin

.atynFATHIN. said...

insyllh hihi

.atynFATHIN. said...
This comment has been removed by the author.