Friday, April 21, 2017

Pelancaran Menu Baru Caffe Bene

Assalamualaikum.

Baru baru ni, pada Sabtu 15 April ateng dapat jemputan ke Caffe Bene,untuk food review. Caffe Benne adalah cafe yang santai sesuai untuk short term meeting, hi tea dan mini reunion kerana menu yang disediakan tidak terlalu berat sesuai untuk santai berborak panjang. 




Ateng dijemput kerana Caffe Bene telah memperkenalkan empat menu baru iaitu gabungan mangga dan nutella untuk para pelanggan setianya . Antara menu tersebut adalah Mangotella Bingsu, Mango Yogurt Bingsu, Mangotella Waffle dan Mangotella Smoothie. Kesemuanya kesukaan ateng, biasalah 'foodlover' kann.




Mangotella Bingsu dan Mango Yogurt Bingsu.

Menurut apa yang diperkatakan,  Bingsu ni adalah cetusan idea drpd dessert Korea. 
Antara bahan untuk Mangotella Bingsu ni adalah gabungan ais hancur, mixed nuts, aiskrim,nutella,mango yang dipotong cube, dan oreo yang dihancurkan. Manakala bagi Mango Yogurt Bingsu, bahan yang sama kecuali nutella digantikan kepada yogurt. Siapa suka manis manis masam boleh cuba Mangotella, kalau suka masam masam manis buah boleh cuba Mango Yogurt. 
Kedua dua nya sangat sedap. Portion dia pun besar sesuai untuk minimum 2 hingga 4 orang. Jangan forever alone!


Mango Yogurt Bingsu.
Cara makan bingsu lain daripada yang lain tau. Wajib cuba.

Menu seterusnya ini kesukaan ateng dekat cafe ni, Mangotella Waffle.








Gabungan waffle, mangga, aiskrim dan nutella. Sangat sedap dan menu wajib order. Waffle dia tak terlalu keras dan tak terlalu lembut, Perfect! Bila makan akan rasa masam mangga, manis nutella dan sejuknya aiskrim wahhh Delicious and I wanna repeat again and over again~~



Come in my dream please~~

Saya suggest awak awak semua try waffle ni, tak rugi~

Menu yang terakhir adalah..

Mangotella Smoothie. Gabungan mangga, nutella dan ais yang di hancur kan, penyejuk tekak lepas dah kenyang makan Waffle dan Bingsu. Sesuai kalau nak beli bawak sambil cuci mata dalam mall ni, sangat sedap.
Antara empat menu ni semua sangat berbaloi, cuma antara Mangotella atau Mango Yogurt, I will choose Mangotella tapi ada ja dalam kalangan yang datang lebih suka Mango Yogurt, Lain orang lain pendapat kan. Apa pun korang patut cuba sebab menu ni bermusim untuk 2 hingga 3 bulan sahaja. Siapa lambat rugi~



 Unik cafe ni boleh pilih indoor atau outdoor ~


Dekat mana cafe ni?

Caffe Bene, 
Ground Floor, Gurney Paragon Mall
Penang.


 Thankyou sister yana being my date of the day~
next review?

wait and see yaa

step out.

3 comments:

MiaZain said...

Wah, syoknya dating berdua... tak ngajak pon. hihi...

Adam said...

Bila lagi next review?

Lyana Ishak said...

Hehehe .. You're most welcome jum p lagi try yg yogurt plak heheh