Thursday, April 13, 2017

#2 Throwback Thursday - 13 April di Jenggo Blues Cafe

Assalamualaikum,

Memandangkan harini hari khamis so kita buat throwback hehe alkisahnya FB la update memories kahkah.

13 April 2016

hari last exam semester 5 masa ni, macam biasa setiap hujung sem mesti kitaorang akan plan aktiviti malam sebelum balik bercuti, tapi yang dekat dekat je la, kami akan hantar kengkawan yang jauh naik bas, buat rombongan dekat stesen tu, sweet kan budak kelas ateng. hm 1 dalam 1000 tau nak jumpa. (mohon kalau diorg baca nanti belanja makan) hahahaha

Nak dijadikan cerita, lepas dah hantar kengkawan balik naik bas dalam 11 lebih tu terus pecut pergi Alor Star sebab nak kejar makan dekat Jenggo Blues Cafe ni tutup pukul 1.

Kedai makanan ada pelbagai jenis iaitu western, oriental dan paling 'viral' sebab Mee Bandung Tulang Rusuk dia, oh bergetar tulang rusuk ku time nak order sbb banyak sangat.



*picture credit FB Jenggo Blues Cafe* 
Ateng mmg suka kedai yang konsep santai gini, gigih ajak geng foodhunter abe pakerol n kak paah nak pergi jugak sini, nasib depa ok haha 

Tapi macam biasa lah tak order pun menu yang viral nanti bergetar tulang rusuk nanti nak makan hee, ni menu yang kami order.


 Spaghetti Bolognese, Chicken Grill, Chicken Chop, Nasi Goreng Kambing. 
Ateng rasa Nasi Goreng Daging Kambing ni susah nak jumpa kan. Itu yang istimewanya dekat sini.

 Tengoklah muka sensorang budak kelas ai, terhibur tau dengan diorg ni tak pernah sedih. hm yaka ni hahahaha Muka diorg melambang kan berapa bintang untuk makanan dekat kedai tu, puas hati lahh. Makanan cepat sampai, rasa kena dengan tekak.
*yang sorg tu tak puashati sebab daging kambin dalam nasi sikit, sekian*

Kami dekat situ sampai staff diorg nak lipat kerusilah, nak tutup lampu dah, tapi best sebab dengan diorg ni.




1934, Jalan Stadium, Alor Malai
Alor Setar
Call 013-492 2217


My foodhunter geng dua org dekat belakang tu. Bila nak foodhunter lagi please penang pulak huhu teringat huaaa tapi taknak rindu :p

Orang cakap jangan dikenang benda yang lepas, tapi sesaja nak share tempat makan ni, kalau pergi Alorstar buntu boleh cari sini ya.

ok step out, next entry apa pulak ya :D

1 comment:

arzmoha said...

nanti kalau sampai ke Alor Setar nak juga cuba...dah lama tak ke sana