Tuesday, May 23, 2017

Citarasa Bonda Dinner Buffet Neo Plus Hotel Penang

Assalamualaikum.


Citarasa Bonda Dinner Buffet Neo Plus Hotel by ASTON Penang tahun ni yang bertemakan Malaysian and Indonesian Cuisine. Memandangkan bulan puasa hampir tiba ni ateng nak kongsi menu yang menarik disediakan hotel ni, mana lah tahu ada orang utara yang buntu nak memasak apa selama 30 hari tu, sesekali lajak lah ke Pulau Pinang, masukkan list Hotel Neo Plus ni.

Jadi harini ateng nak kongsikan menu Dinner Buffet ni berserta harga yang sangat berpatutan tau. Dengan bertemakan Malaysian and Indonesian Cuisine sudah tentulah menu mampu membuat tetamu yang datang taknak balik. Semua tahu dua kombinasi menu ni memang kena dengan tekak.




Menggoda tak menu dia? Baru sikit ni haa.



Restaurant Neo+ Hotel ni dekat tingkat satu tau. Hotel ni cantik sangat, baru lagi katanya, dua tahun macam tu.

Mari dekat mari ateng nak show off menu untuk buffet ni, pasti menyesal kalau tak pergi.










Appetizers, Salad & Dressing

Ada ulam-ulam melayu, pelbagai jenis kerabu, telur dan ikan masin , begedil, pelbagai jenis sambal, dan salad. Paling favourite Kerabu Manga dan Begedil! Patut try semua memang tak rugi.


Turut disediakan bahagian makanan ringan.

Pelbagai jenis keropok,kerepek,dan jeruk! Jeruk is fav! :D


The special one...


jeng jeng jeng,




Indonesian Soto Ayam, rasa dia agak berbeza dengan yang selalu kita rasa tau. Wajib cuba ni hehe

Ramadhan Special Menu, BUBUR LAMBUK! Super yummy~


Next menu, main dish for this buffet, tak lengkap tanpanyaaa.


Nasi Putih is a must for Malaysian menu (dont have picture)

 Sambal Goreng Kentang
 Udang Masak Lemak
 Opor Ayam
 Mutton Varuval
Sayur Goreng Istimewa

 Mee Mamak





Selain daripada itu turut dihidang kan menu seperti, pelbagai jenis ikan bakar, air asam, chicken and beef satay serta otak-otak. Ada juga pelbagai jenis stall seperti Noodle Stall, Nasi Ayam, Kambing Bakar, Dessert Station dan Fried Dessert Stall.



KAMBING BAKAR AND NASI AYAM STALL


Lets selfie first with this one. Ateng sangat meminati kambing bakar, nak jumpa selalu memang payah, selalu hari raya atau buffet macamni ja ada huhu




 Kambing Bakar with Blackpepper and mint sauce. 

Nasi Ayam~


Noodle Stall (PENANG LAKSA)


Dessert and Fried Dessert Stall

 Kuih Keria,Lepat Ubi,Seri Muka,Ketayap
 Cakes (Red Velvet,Creme Brulee,Butter Cake) and Fruits.
 Dates.
Bubur Chacha and Bubur Kacang

Pisang and Keledek Goreng.

 Last but not least, 

Drinks and Ice Cream Station.




Menarik tak? Macam panjang pula entri kali ni penuh dengan makanan gituu~ Sangat berpatutan rasa dengan harga tau, ateng cuba semuaaa kecuali Nasi Ayam dan aiskrim. Semua tau, hebat tak? SERIUS rasa sangat sedap harga mampu milik. Serang Neo+ Hotel untuk berbuka puasa nanti.

Harga? Sangat berpatutan tau.

Citarasa Bonda Buffet Dinner
Lemongrass Restaurant, Neo Plus Hotel 
68, Jalan Gurdwara, 10300 Penang.
1-23 June 2017 |  630pm - 10pm
RM 58 (Adult)
RM 48 (Senior Citizen)
RM38  (Child)

Reservation seat : +604-255 1000 ext 1103
Email :  PenangInfo@neohotels.com


My date of the day with person in charge, Stephanie.

No comments: