Assalamualaikum.
Hari cuti ni skrol Facebook, atas bawah klik orang tu orang ni stalk sampai post pertama dia, eh? rajinnya haha
tengah skrol, tetiber jumpa cerita ni yang berjaya menarik perhatian seketul ateng!
Sebuah trivia yang mungkin ramai tak tahu, ramai orang akan jatuh cinta sebab rupa apabila baru kenal.
Kalau ada orang suka pada kau, padahal baru kenal, maknanya dia suka sebab kau ada rupa. Kalau dia cakap dia suka kau sebab kau baik yada-yada, dia tipu kau.
Padahal baru kenal, takkanlah terus suka sebab baiklah, pemurahlah, lembutlah.
Shikamaru dan Temari tidak jatuh cinta antara satu sama lain sehinggalah mereka berkenalan dalam tempoh yang cukup panjang.
Temari pun pada awal perkenalan mereka merasakan Shikamaru seorang yang jengkel.
Siapalah yang suka Shikamaru yang pemalas, lari daripada masalah dan tiada rupa sekacak Sasuke.
Shikamaru pula melihat Temari sebagai wanita yang menakutkan seperti ibunya. Wanita yang garang dan kalau boleh dia tak mahu cari pasal.
Takkanlah Shikamaru nak suka pada dia?
Lebihlah memberikan masalah yang tak sanggup pun dia hadapi.
Cinta mereka berdua adalah hubungan cinta yang masak dan matang, bukan seperti pasangan lain dalam Naruto yang jatuh cinta cepat sangat.
Cinta yang masak sehinggakan Shikamaru boleh menerima Temari yang garang, dan Temari boleh menerima Shikamaru yang sambil lewa.
Perkenalan yang panjang sebelum mereka jatuh cinta membuatkan mereka menemui kualiti-kualiti yang membuatkan mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain.
Akhirnya, Temari dapat melihat Shikamaru ini walaupun ada kelemahan-kelemahan tertentu, dia seorang yang bertanggungjawab. Sanggup menggalas tugas sebagai seorang katua walaupun dia tidak suka hadapi masalah.
Shikamaru melihat Temari sebagai wanita yang paling memahami dan menyokongnya selain rakan baiknya sendiri iaitu Akimichi Chouji.
Dalam hubungan, memahami adalah perkara yang paling sukar. Lagi-lagi kalau baru kenal. Bukan setakat dalam percintaan, malah dalam kerangka sosial yang besar pun, memahami adalah benda yang sukar untuk dilakukan dan perkara yang orang selalu letak di belakang.
Kita berperang sebab kita tak memahami antara satu sama lain. Kita bertikam lidah sebab tak memahami antara satu sama lain.
Yang kita boleh buat cuma kita rasa orang lain tak pernah memahami kita.
Yang kita tahu, kita adalah pihak mangsa yang tidak difahami.
Tanda sebuah kematangan adalah apabila kita dimarahi, apabila kita diserang, kita tidak cuba menyerang dan memarahi semula, tapi kita cuba memahami mengapa orang melakukan hal begitu pada kita.
Begitulah kekuatan hubungan Shikamaru dan Temari, iaitu sebuah kefahaman.
Plato pernah berkata, tiada peraturan ataupun hukum yang lebih tinggi dan megah berbanding sebuah kefahaman.
Kefahaman lebih mendalam daripada pengetahuan.
Semua orang tahu, tapi tak semua orang faham.
Kalau ada kawan yang dah lama kau kenal, tiba-tiba dia suka kau sebab kau pemurah, baik dan apa saja selain rupa, memang betullah dia suka sebab itu.
Kualiti-kualiti selain rupa ini adalah kualiti yang dapat dipelihara. Rupa tak dapat dipelihara menurut kehendak kita.
Kualiti-kualiti lain seperti lembut, rajin membaca, intelektual yang tinggi, beradab dapat dapat dipelihara dan tidak luput.
Sekali lagi Plato pernah berkata, kita cenderung jatuh cinta kepada seseorang yang kita tiada kualiti padanya. Kalau kita kekurangan sesuatu, kita akan jatuh cinta pada seseorang yang ada kualiti yang kita tak ada.
ateng jumpa dekat page INI
cerita dia somel dan suwit. hehe.
Tapi betullah apa page ni beritahu,
kalau ada orang cakap suka sebab baik yada-yada,
dia tipu,
tolong jangan percaya,
jarang nak jumpa yang suka sebab akhlak,
majoriti sebab RUPA!
selalu kan orang baik ni kena pijak ja,
lagi satu,
baik sangat ke awak tu sampai orang kena suka?
malu sikit,
Allah tutup aib awak tau.
aip!
hehehe
sekadar berkongsi cerita yang somel
step out~
2 comments:
pernah terbaca pasal ni.. tapi ulasa kisah cinta mereka mmg betul.. hidup ni mmg macam tu.. walaupun pengajarannya dari watak fiksyen dari anime
tak pernah tengok lagi anime ni...tapi fakta itu macam betul
Post a Comment