Assalamualaikum.
Harini ateng nak share tentang E-Operasi, pernah dengar tak?
EOperasi Modul Pengurusan Guru
merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan
Malaysia). Tahukah anda apa itu sebenarnya E-Operasi?
EOperasi adalah sebuah aplikasi
digunakan oleh para guru untuk kemaskini data mereka dalam perkhidmatan
perguruan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu juga, Kerajaan telahpun membangunkan
banyak sistem yang masih ramai tidak tahu,antaranya:
Ini merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah
yang diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan
keputusan peperiksaan sekolah. Sangat
berguna!
-APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
Ini adalah sistem E Kehadiran Murid, secara
umumnya digunakan untuk guru kelas atau orang yang diturunkan kuasa oleh
Pentadbir untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah. Ia salah satu aplikasi penting
yang ada di dalam sistem aplikasi pangkalan data murid secara atas talian.
Ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali
sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa
inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini
digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti, mengisi baki cuti
yang ada dan belum di ‘claim ‘ dalam masa tertentu malah ia pengguna boleh mengemaskini
maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.
Website yang mengiklankan jawatan-jawatan kosong
di seluruh negara dari masa ke semasa. Ini memudahkan para graduan mencari sebelum
habis belajar. Semangat sikit.
Sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Malah data-data yang di simpan lebih mudah untuk dirujuk kembali dan potensi untuk kehilangan data dapat di kurangkan dengan wujudnya aplikasi ini.
E-Operasi juga digunakan untuk
menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang
Status Kedudukan Guru (BSKG).
Dengan adanya e Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet, semua dihujung jari. Terutama sekali jika guru sedang bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga masih boleh mencari waktu untuk memasukkan data yang diperlukan cuma memerlukan data internet dan komputer.
Dengan adanya e Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet, semua dihujung jari. Terutama sekali jika guru sedang bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga masih boleh mencari waktu untuk memasukkan data yang diperlukan cuma memerlukan data internet dan komputer.
Ateng rasa masih ramai para guru yang
masih belum tahu cara atau belum reti untuk menggunakan sistem e-Operasi ini
betul? Meh ateng ajar, di bawah ini adalah cara untuk login e operasi Modul Pengurusan Guru:
Bagi mengetahui panduan untuk login eoperasi secara online sila klik di sini --> eOperasi
Bagi mengetahui panduan untuk login eoperasi secara online sila klik di sini --> eOperasi
Guru-guru digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi. Ini memudahkan kerja para guru tidak perlu ke hulu ke hilir untuk kemaskini data yang diperlukan. Semua dihujung jari!
Modul eoperasi ini menguruskan
berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu
pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di
peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).
E-operasi adalah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, ia merupakan
sesuatu yang membantu kerja para guru dalam menguruskan urusan di sekolah
walau dimana jua keberadaan mereka.
Terutama sekali permohonan tukar sekolah, kemaskini kemohonan yang diperlukan tanpa perlu ke sekolah. Sangat berguna buat guru-guru terutama yang berkeluarga. Semua dihujung jari!
Dapat sesuatu tentang E-Operasi?
Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai eoperasi 2017 ini dan mengemaskini data-data mereka hanya secara online.
No comments:
Post a Comment