Sunday, September 3, 2017

Pengalaman Interview UPSI

Assalamualaikum

3/7/2017

Interview dekat UPSI haritu untuk kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian,

minat cikgu ke?
minat jugak sesikit, tapi kos ni pilihan kedua masa isi upu,
kalau jadi cikgu tu memang semorang banggakan sangat lah kan,
macam biasa lah tak berharap pun dapat,
just kutip pengalaman je kan,
orang cakap tak cuba taktahu.


Sebelum dapat interview ni ateng kena pergi jawab ujian Medsi dulu dekat UUM sebab ateng memang pilih Zon Utara,
Ujian Medsi ni ujian berkomputer, soalan dia senang sangat jawab ya atau tidak ja,
ada 300 soalan semuanya tak sampai 30 minit dah habis haa,
tips nak lulus jawab semuanyaa YA hihi

sebab dah lulus lah dapat interview ni hehehe


Alhamdulilah dapat interview walaupun tahu sehari sebelum raya, tarikh interview seminggu lepas raya, bayangkan la kabut macam mana tu.
Ateng dapat iv ni sekali dengan sepupu dekat kampung, kira nasib baiklah boleh pergi sekali, dia petang ateng pagi.

temuduga pukul 830, pukul 3 pagi baru gerak nak pergi tanjung malim from kedah, 3 jam setengah dengan first time drive jejauh highway centu, redah je sebenarnya haha
sampai tanjung malim pkul 7pagi dengan belum mandi apa mmg kabut lagi lah ahaha
I dont know why,
dengan mata pandanyaaaa huh ateng redho ja.

830pagi ateng terus cari bilik yang tertera dekat surat tawaran tu,
diorang akan panggil ikut susunan abjad nama,
nama ateng ada 'nor' so belakang sikit laa,
berjanggut nak tunggu tibanya,

cikgu fathin selfie dulu sebelum masuk. hahaha

pastikan pakaian kemas, sijil asal semua bawak, dan pen sebab kena isi borang sebelum masuk,
prepare fizikal mental je la nak jawab soalan panel dalam tu,
ateng kena lelaki dedua, debar jugak laa,
seorang lebih kurang 5-10 minit macam tu,
ada bilik masuk berkumpulan,
bilik ateng masuk individu, ramai jugak yang apply jadi cikgu ni,
terus rasa tak layak tauu

dari pkul 830 sampai pukul 12 tunggu baru sampai giliran waktu tu memang dah redho sangat dah sebab mengantuk,
bila sampai turn masuk ketuk pintu bagi salam dan fail sijil berserta borang atas meja panel,
lepastu duduklah dengan tertib.
sesi soal jawab bermula, banyak soalan tentang pendidikan lah nak jadi cikgu kan,
jangan expect soalan berkaitan kos okay, hahaha
kenalkan diri tu memang wajib laa, semua bahasa melayu,
lepastu akan selit soalan kbkk dan test speaking,
part ni memang ateng failed lahh, sepupu ateng pun,
sbb dia akan tanya something yang memang luar bidang pendidikan tp dalam english,
tak boleh ingat part last ni, sedihhh hahaha



Dah selesai iv pukul 1230 terus pergi makan, sebab lapor tp bila makanan depan mata tak lalu sebab mengantuk so I choose selfie hahaha
serius mengantuk sangat, memang redho je dalam bilik tu haa
sepupu ateng ni memang lapar lah haha
ateng tengok je la dia makan haa.

 Ambil gambar tu wajib dekat memana tempat baru hahaha


ADA RUPA CIKGU KE NI??!!

99.99 PERCENT tak berharap langsung jadi cikgu selepas disoal siasat sebab tahu memang tak layak hahaha tapi minat tu adalah sikit,

jadi cikgu anak anak kita je la awak eh,
rasa-rasanya ateng dapat ke idok jadi cikgu ni?

tunggu next entry lagi sebulan hiks, sbb result lagi sebulan haha

step out!

3 comments:

arzmoha said...

semoga berjaya....apapun kalau jadi cikgu memang peluang yang terbaik

zarul farhana said...

apapon.. gud luck..

Unknown said...

pendidikan dlm teknologi maklumat ni semua dlm bhasa English ?