Wednesday, January 31, 2018

Percutian Lima Bintang di Pangkor Laut Resort

Assalamualaikum.
Bersempena dengan #VisitMalaysia2020 ni nak cerita sikitlah tentang tempat menarik untuk bercuti,
which is Perak!
Perak Darul Ridzuan merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Perak memiliki tanah berharga dengan keindahan tropika semula jadi dan kaya dengan sejarah serta budaya. Hari ini, Perak terus menjadi sebuah negeri yang maju, sibuk serta penduduk yang ramah dan mesra. Tidak dilupakan juga keunikan dan keindahan alam semula jadi, persisiran pantai berpasir putih dan khazanah di bawah air. Di perak juga terdapat gua yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dan hutan hujan semula jadi yang diperlihara kini berusia berjuta-juta tahun. World of Wonders adalah slogan yang dipaparkan di logo Tahun Melawat Perak untuk tahun 2017 yang mana ia menekankan alam semula jadi, budaya, makanan yang lazat, melalui perjalanan ke dalam gua purba, pantai bersih dan warisan antarabangsa. So, perak merupakan salah satu negeri yang patut anda lawati dan pergi bercuti.

Bagi yang menginginkan percutian dan layanan bertaraf lima bintang, Pangkor Laut Resort adalah jawapannya. Pangkor Laut Island merupakan private island milik YTL Corp yang merupakan antara conglomerate terbesar di Malaysia. YTL bukan sahaja memiliki rangkaian hotel dan resort mewah di Malaysia, malah di Australia, China, Indonesia, Japan, Thailand, dan UK serta juga mempunyai YTL Construction (cement). Ok berbalik kepada Pangkor Laut Island, untuk ke sana, anda mestilah mendaftar masuk dahulu di Marina Island Jetty. Setibanya di sana, anda akan dilayan oleh staf mereka yang akan tolong bukakan pintu dan turun luggage anda. Selepas mendaftar masuk, anda perlu mengambil bot laju untuk ke Pangkor Laut Resort yang mengambil masa dalam 30 minit. Pulau hak milik persendirian ini seluas 300 ekar, mempunyai 148 Malaysian-Style luxury Villas, 8 magnificent Estates dan 8 jenis Dining.

Kepada mereka yang merindui bunyi ombak jangan lepaskan peluang memilih Sea Villa yang berlantaikan air laut. Villa yang berkonsepkan ala perkampungan nelayan itu menjanjikan kedamaian yang sukar ditemui di  bandar. Luangkan seketika masa menghirup kopi di ruang beranda yang menghadap laut. Sementara itu, bagi pecinta pepohon hijau, Garden Villa yang diperbuat daripada kayu membolehkan pengunjung mendekatkan diri dengan flora. Villa yang didirikan di lereng bukit itu dikelilingi rimbunan pokok-pokok. Laluan utama ke ruang lobi menyerlahkan elemen moden kontemporari. Bukan sahaja lokasi penempatan vila dititikberatkan malah, dekorasi villa turut diambil kira. Biarpun tidak sarat dengan perabot mewah tetapi ruang dalam villa masih di tahap cemerlang. Susun atur dan konsep hiasan lebih cenderung kepada sentuhan Melayu kontemporari dan turut menyelitkan elemen ala Bali terutamanya di ruang yang menempatkan tab mandi. Ini membuktikan Pangkor Laut Island yang dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1994 itu berjaya mengabadikan keanggunan tradisi untuk tatapan para pengunjung resort. Selain itu, jika anda mahu mengisi perut dengan seleksi menu yang lazat, restoran The Straits, Feast Village atau Fisherman’s Cove sedia menyajikan menu dan layanan terbaik.


Bagi pasangan bercinta, meneroka Pulau Pangkor dengan bot ini pasti menggamit suasana romantis. Bagi yang mengidamkan percutian yang mengasyikkan, soal harga bukanlah penghalangnya kerana layanan dan servis daripada kumpulan staf resort ini bertaraf antarabangsa. Antara kawasan rehat yang paling menarik disini merupakan Pantai Emerald Bay yang boleh diibaratkan kolam renang besar dan dikelilingi rimbunan pohon menghijau. Air laut yang membiru di samping tiupan angin sepoi-sepoi bahasa memberi ketenangan kepada pengunjung yang mengambil kesempatan berjemur dan menatap bahan bacaan di atas buaian gantung yang diikat antara dua batang pokok. Memandangkan Pantai Emerald Bay terletak dua kilometer dari resort dan perlu menyusuri kawasan hutan simpan yang berbukit-bakau, maka perkhidmatan van disediakan buat kemudahan pengunjung.


Bagi pecinta dasar laut, terokailah keindahan hidupan laut dengan aktiviti snorkeling dan selam skuba. Manakala bagi pengunjung yang ingin meninjau sekeliling resort pilih saja aktiviti mendayung yang lebih seronok dilakukan bersama teman. Selain itu, memahami tujuan utama pengunjung ke resort ini untuk berehat dan menikmati keindahan alam, Pangkor Laut Resort turut menyediakan dua buah kapal layar mewah untuk disewa. Ambillah kesempatan ini untuk melayari Selat Melaka dan gugusan pulau berhampiran sambil menyaksikan ikan-ikan berenang.
Anda mungkin boleh mendapatkan the greatest deal at this resort apabila anda book dengan apps Traveloka!
*picture credit google*

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

woaaah cantiknya. ni exclusive nak pi kena dok kat area situ jaaa enjoy hotel hehe sebab mahai =D

Dunia Zumal said...

Suka sangat tempat percutian camni,boleh release tension