1. ANAK YANG RAPAT DENGAN AYAH PUNYAI IQ LEBIH TINGGI
Dalam sebuah kajian oleh Father Involvement Research Alliance telah menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ayah sejak kecil memiliki sifat lebih konfiden, emosi yang stabil, dan berani meneroka persekitaran mereka. Apabila meningkat usia 3 tahun, mereka juga lebih bijak bersosial, mudah menyelesaikan masalah, dan memiliki IQ yang lebih tinggi.
2. ANAK CENDERUNG MENJADI KONFIDEN DAN BERANI
Selain ciri tersebut, anak kecil yang rapat dengan bapa mereka dilihat lebih bersedia untuk memulakan prasekolah serta mampu mengendalikan rasa bimbang apabila berjauhan dengan rumah. Hebat, bukan?
3. KEPUTUSAN AKADEMIK LEBIH BAIK
Apabila bapa kurang melibatkan diri dengan aktiviti harian mereka, sifat dinamik seperti yang disebutkan di atas ini kurang terserlah. Sehubungan itu, sebuah lagi kajian membuktikan bahawa bapa yang memainkan peranan besar dalam perkembangan anak mereka sejak kecil turut menyumbang kepada kebolehan akademik mereka di sekolah.
Percayakah anda, melalui kajian tersebut, didapati bahawa anak yang rapat dengan Ayah adalah 43% lebih berpotensi untuk mendapatkan A dalam semua matapelajaran.
4. KURANG MASALAH TINGKAH LAKU DI SEKOLAH
Menurut Psychology Today, peranan bapa dapat dilihat sangat signifikan dalam bermain bersama bayi. Melalui permainan inilah bayi banyak belajar untuk bersosial dan memupuk kestabilan emosi yang baik. Ini terbukti apabila kajian mendapati anak yang rapat dengan Ayah kurang mengalami masalah disiplin dan tidak terganggu dengan kemurungan.
Ini ada benarnya kerana sebagai ibu, kita sendiri tentu faham betapa kita sentiasa sibuk dengan pelbagai kerja rumah yang tak pernah habis. Selain itu, variasi pada suara, riak wajah, serta cara berkomunikasi ibu dan ayah akan mempelbagaikan lagi kebolehan si kecil untuk memahami tentang emosi dan tingkah laku.
5. ANAK PEREMPUAN JADI BIJAK MENILAI LELAKI
Anak-anak, terutamanya anak perempuan yang rapat dengan ayah mereka lebih berpotensi untuk memiliki hubungan yang sihat dengan kaum lelaki pada masa akan datang kerana mereka memahami bagaimana seorang lelaki harus melayani seorang wanita. Dengan meluangkan masa bersama Ayah, anak dapat mengenalpasti ciri seorang lelaki yang baik dan seharusnya dijadikan teman hidup.
Terbukti melalui kajian bahawa anak perempuan yang rapat dengan ayahnya berjaya memiliki perkahwinan yang harmoni dan bertahan buat jangka masa panjang. Mereka ini tidak mudah ‘tertipu’ dan mampu membezakan sifat lelaki yang baik dan sebaliknya. Sebuah lagi pemerhatian mendapati mereka yang sering berinteraksi dengan ayah kurang kebarangkalian untuk terlibat dengan kehamilan remaja. Mereka tidak senang-senang dipujuk rayu oleh lelaki kerana hati mereka telah dilimpahi kasih sayang seorang lelaki bernama ayah.
6. ROLE MODEL KEPADA ANAK LELAKI
Ternyata, peranan bapa adalah amat signifikan dan tidak boleh digantikan oleh Ibu.
Banyak benarnya kenyataan di atas.
70% betul okeh,
Im Ayah's little girl huhu.
4 comments:
Hmmm camtu ye,patut la Zumal tak ada kebanyakan kriteria semua tu
Im still my dad's baby. haha
Anak lelaki biasa memang lebih rapat dengan mak
Singgahlah sini,
http://tarotthefool.blogspot.com/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html
akak memang rapat dengan ayah berbanding mak. dedua rapat sbenarnya tapi ayah extra sebab mak garang. hehe.. tapi sejak ayah x ada memang berkepit dengan mak =D
Post a Comment