Tuesday, February 27, 2018

Hadiah 'Do It Yourself' Untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum.

Ateng tengah cari hadiah untuk kawan ateng bulan depan, ateng terpikir jugak nak cari hadiah apa eh, kalau beli dekat kedai mesti lah kantoi kita beli dekat kedai tu, takkan nak pergi sampai selatan pulak mana nak sempat. Lagipun macam sama ja hadiah dekat kedai dengan orang lain. Ateng scroll sini sana klik klik ateng jumpa satu website online gift shop Malaysia, iaitu Printcious.

yang menariknya Printcious ni adalah merupakan website yang menawarkan 'Do It Yourself'  iaitu reka sendiri gift yang kita nak, semestinya limited edition lah hadiah member ateng ni.


jadi ateng nak realisasikan design ateng untuk member ateng melalui website online gift Malaysia ni, 
nak tahu apa yang menarik lagi?




Dekat Printcious ada macam macam jenis gift boleh kita pilih, nak mug ke mouse pad ke, baju, bantal petak pun ada, senang cerita semua yang boleh dijadikan hadiah semua ada. Kita tak payah pening nak fikir, sediakan bajet dan masuk website ni je.

Yang istimewanya website ni kita dapat membantu merealisasikan bakat terpendam kita atau kreativiti yang ada sama ada nak letak gambar edit, tulisan pelbagai jenis atau nak design sendiri pun boleh.

Printcious boleh tunaikan semua yang kita nak dalam pelbagai bentuk. Jadi kalau nak bagi hadiah kahwin member ke birthday member ke hadiah untuk ibubapa ke design ja dekat printcious lepastu boleh la cakap declare" hadiah ni limited edition, takda tempat lain"






meh ateng ajar step nak guna website ni,

memula sekali pergi ke website https://www.printcious.com/my

'Register' dan isi segala details,

sebab kalau jadi member ada banyak diskaun tau.



Klik 'Create', akan keluar list macam dalam gambar, lepastu pilih lah nak design untuk apa, mug ke baju ke mousepad ke phone cases pun boleh jugak tau.






Ateng pilih 'T-shirt'






Nanti akan keluar macam ni,

Kalau baju pilih saiz dulu ya,
Saiz pun ada sampai XXL tau, best sangat kalau yang saiz comel tu,


Untuk design,
klik je dekat 'Start Designing'


Dah boleh mula design macam ateng buat tu, kalau nak letak image klik 'Image',
kalau nak letak text klik 'Add Text'
Kita boleh adjust image yang kita masukkan, boleh pilih jenis tulisan kita nak, nak saiz besar ke kecik pun boleh.


Lepastu boleh pilih warna T-shirt ni, tak semestinya warna putih, ada pelbagai warna hijau,biru, merah pun ada.



Taraaa, after ateng klik' Done'


dah boleh proceed with 'Add To Cart' buat payment, dan tunggu T shirt sampai. Mudah bukan? 

Semuanya di hujung jari, tak payah susah susah keluar pergi kedai lepastu tak dapat design nak kita nak.
Walaupun ateng tak kreatif sangat nak design tapi seronok lah dapat letak kartun favourite dekat baju sebab susah nak jumpa baju camni, lepasni nak design tote bag dengan cushion pulak lah untuk bagi gift dekat member. hehehe
Tersangat limited edition. Tiada tempat lain design macam ni.


Bila customize sendiri ni kita boleh pilih warna, bentuk, design, tulisan yang kita nak ikut kepuasan hati kita dan kreativiti kita, sesuailah dengan trademarknya,

Printcious - precious gifts from your heart.



Ateng ni nak design untuk member ke untuk diri sendiri ni? em.


Kalau dekat kedai pun tadak servis macam ni, paling kurang mesti dengan design yang di sediakan yang sangat tak memuaskan, betul kan? 

Hanya di website https://printcious.com/my segalanya mungkin terjadi.

Jangan menyesal dan jangan cakap ateng tak payung!



2 comments:

Siti Yang Menaip said...

hadiah2 custom made macam ni ada sentimental values. mesti orang suka ^^

Dunia Zumal said...

Memang best dapat designkan hadiah untuk seseorang