Thursday, February 8, 2018

PizzaArt Food Trail By Anchor Food Professional, US Pizza Penang.

Assalamualaikum.

Dah lama ateng tak kongsi tentang makanan kan, feveret tu.
akan datang lebih banyak wait and see.


Baru-baru ni ateng dan rakan blogger lain di jemput ke event dekat US Pizza Bukit Mertajam,Penang, diorg ada memperkenalkan beberapa jenis menu baru yang menarik dan unik anjuran  Anchor Food Professional ni.

Anchor Food Professional nak memperkenalkan keju daripada brand diorang, maka tercetus lah kempen PizzArt. Iaitu pizza yang dipelbagaikan. Selalu kita tengok pizza mesti bulat dan bila potong mesti jadi segi tiga kan, hehehe tapi kalini berbeza sikit. Kempen ni bermula dari tahun 2017 lagi, ini kempen yang kedua tak silap. Ada lebih 18 cawangan yang di bawah anjuran Anchor Food Professional dengan nama berbeza, di sekitar Penang terkenal dengan US Pizza, sejujurnya ni first time ateng dengar US Pizza. Menarik for me.

Apa yang Anchor Food Professional ni nak perkenalkan adalah dua menu yang baru unik. Selalu kalau sebut pizza mesti topping dekat luar kan, mesti topping yang common macam seafood, ayam dan daging lepastu veggie tapi US Pizza ada kelainan yang tersendiri.


Cheese Pretza and PizzBurger!


 PizzBurger ni dalam dia ada daging cincang dengan gabungan Anchor Mozarella Shredded Cheese, Cheddar and Anchor Butter. Semua orang tahu brand Anchor ni memang sedap bila digabung dengan daging cincang pulak dalam bentuk burger memang rasa dia sangat sedap. Baru makan sekali dah jatuh cintaa gituu.

Bila di potong cheese tu cair di makan pulak dengan sos salsa dia memang tak pandang belakang okey. Menu ni wajib cubaaa.

Cheese Pretza!
Bentuk macam pretzel kan tapi dalam dia ada isi ikan salmon, haa pernah makan pizza ikan salmon? ateng first time cubaa terus jatuh cinta. Dekat luar tu ada taburan cheese di makan pulak dengan sos dia memang niceeee.


Ni antara pizza yang kita selalu makan kan tapi tetap ada kelainan dekat US Pizza ni. Antaranya yang dalam gambar ni ada dua pizza iaitu Italian Aloha Chicken dan Salted Egg Pizza yang merupakan signature pizza dekat US Pizza ni yang memang takda dekat tempat lain.



Salted Egg Pizza adalah gabungan salted egg yolk, daun kari, cili, udang pun ada tau. bagi ateng rasa ni okay bagi peminat telur masin. Salted Egg lover should try this cause salted egg yolk loaded on the pizza. hehehe



Italian Aloha Chicken 

Ateng try setiap menu satu slice je, sebab cepat kenyang, ye laa topping loaded kan.  Cepat serbu sebab dengan setiap pembelian menu baru ni akan dapat pemotong yang comel tu, warna warni lagi tauu.


Masa event tu lepas dah makan makan apa semua tetiba ada pertandingan makan PizzBurger dalam masa 3 minit, siapa dapat habiskan dan  diorang akan timbang which PizzBurger yang ringan is winner.

Ini ateng punyaa. hehehe
Kena makan PizzBurger ni dalam masa 3 minit, mana cukup 3minit sebab PizzBurger ni sedap, tak nikmat tau makan lelaju hehehe tapi tetap ateng dapat nombor 2 hehehe johan pertandingan ni adalah lelaki.

So semua orang boleh panggil ateng Ratu Makan k hehehehehe
Truly enjoy that day with the food and services. Thankyou US Pizza Bukit Mertajam Penang. 

Ateng dengan Manager US Pizza Bukit Mertajam dan Miss Linda Tan Director Anchor Food Professional Malaysia. Thankyou. I love your idea and rasa yang sangat sedap.

2 comments:

Dunia Zumal said...

Harap-harap US Pizza mai buka cawangan di Perlis juga...

Siti Yang Menaip said...

adeeeeeh !! i is lemah la pizza pizza ni !! nak pegi. jom jom kita kumpul geng hehe..