Sunday, March 27, 2022

SAPS IBU BAPA 2022

 Assalamualaikum.


Happy Saturday!

Sebelum ni ateng dah pernah cerita serba sedikit tentang SAPS Ibu Bapa dekat SINI.
tapi harini ateng nak cerita lebih mendalam tentang SAPS Ibu Bapa ni,

Seperti sedia maklum SAPS Ibu Bapa ni website untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak bagi ibu dan bapa yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini bertujuan memudahkan urusan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak contohnya ujian bulanan, atau tahunan.  Tiada lagi alasan untuk ibu bapa yang tidak dapat mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka.




Macaman cara penggunaan sistem ini?

Semudah ABC..

Klik SINI untuk masuk website Sistem SAPS Ibu Bapa.







Klik SINI untuk website seperti paparan dalam gambar.

Ibu bapa perlu mengetahui nombor kad pengenalan anak-anak serta nama sekolah sahaja untuk mengakses website SAPS Ibu Bapa ini. Sekarang semua dihujung jari simpan dalam 'smartphone' lebih mudah kalau takut terlupa. Tiada alasan ibu bapa tidak sempat mengikuti perkembangan anak anak.




Banyak kelebihan yang ibu bapa dapat dengan website SAPS Ibu Bapa ini:

1. Dapat menyemak keputusan anak-anak dengan tepat
Dengan adanya website ni membantu ibu bapa mengetahui keputusan anak-anak dengan lebih tepat tanpa perlu bertanya kepada anak-anak, kadang anak-anak ni mood pelbagai, kalau elok dia beritahu lah, itu anak yang kecil kalau anak yang besar lain pulak perangai nya, kalau keputusan elok, semangat nak beritahu ibu bapa kalau sebaliknya, diam seribu bahasa.

2.Dapat melakukan persediaan awal bagi subjek yang lemah
Selepas keputusan ujian bulanan dikeluarkan ibu bapa dapat melakukan persediaan awal untuk membantu meningkatkan prestasi anak-anak bagi subjek yang mereka lemah tanpa perlu menunggu cadangan daripada para guru pada hari sua temu guru dan ibu bapa. Dengan persediaan awal membantu anak-anak lebih cepat mengatasi kelemahan pada sesuatu subjek.

3.Bilangan subjek yang di ambil oleh anak-anak
Bagi ibu bapa yang sibuk dengan kerja mungkin tidak sempat untuk mengikuti anak-anak semasa hari pendaftaran atau tidak jelas tentang bilangan subjek yang diambil oleh anak-anak. Dengan website ini ibu bapa dapat mengetahui dengan jelas bilangan serta nama subjek dengan jelas malah terselit nama guru yang mengajar subjek tersebut.

4.Tiada penipuan dalam tandatangan keputusan
Setiap kali ujian atau peperiksaan guru akan menyediakan slip atau buku untuk ibu bapa tandatangan keputusan anak-anak atau guru mengadakan hari sua temu waris untuk berkongsi keputusan anak-anak tapi dengan website ini ibu bapa malah guru dapat jimatkan masa dengan hanya menyemak keputusan secara atas talian. Namun hari sua temu waris tetap diadakan setahun mungkin sekali untuk eratkan hubungan antara guru dan ibu bapa, ini dapat singkatkan masa perbincangan tentang aktiviti sekolah dan singkatkan perbincangan tentang keputusan peperiksaan yg sudah diketahui lebih awal.

Malah website bagi guru dan setiausaha peperiksaan adalah SAPS



Website ini adalah  untuk para guru dan setiausaha peperiksaan memasukkan data pelajar untuk paparan ibu bapa. Ini adalah rangkaian sambungan daripada SAPS Ibu Bapa.Zaman arus kemodenan semua dihujung jari hanya perlu klik dan luangkan sedikit masa. Malah Ibu Bapa hanya perlu sentiasa peka dengan tarikh peperiksaan dan bertanggungjawab untuk ambil tahu perihal anak-anak.

Dengan kewujudan SAPS ini tiada lagi masalah seperti anak-anak takut untuk memberitahu ibu bapa tentang markah peperiksaan serta meniru tandatangan ibu bapa pada slip peperiksaan.

Selain itu, ateng ada lagi satu website yang ingin dikongsikan, iaitu

SAPS -
https://www.portalmalaysia.com/saps-ibu-bapa/

Website ini menyediakan jadual waktu peperiksaan terutamanya peperiksaan awam seperti UPSR, SPM malah STPM juga disediakan. Ibu bapa mungkin boleh rujuk website ini untuk membuat permohonan cuti semasa hari peperiksaan anak-anak dengan lebih cepat dan pantas. Malah ibu bapa boleh memantau anak-anak untuk ulangkaji lebih awal apabila mengetahu tarikh peperiksaan. Ini sebagai satu peluang yang baik untuk memastikan prestasi anak-anak cemerlang gemilang dan terbilang, eh! :D

Selain itu website ini turut berkongsi lebih mendalam serta langkah penggunaan website SAPS ini. Malah turut disertakan pelabagai tips peperiksaan, tips belajar untuk di amalkan kepada anak-anak sebagai langkah persediaan ibu bapa.

Malah dekat website ni turut disediakan nombor untuk dihubungi serta sedikit maklumat mengenai SAPS yang ibu bapa tidak tahu.

Ibu bapa perlu sentiasa kunjungi website ni untuk kesenangan masa hadapan.

Terlupa Login SAPS Ibu Bapa

Jika anda terlupa butiran login saps ibu bapa anda, usah risau kerana anda boleh reset semula username dan password yang diisi sebelum ini.

Bagi para guru yang terlupa login SAPS Guru, boleh cuba reset username dan password anda semula di ruangan login. Jika masih gagal, boleh terus hubungi SUP sekolah anda.

SUP sekolah anda akan RESET kata laluan anda pada modul KEMUDAHAN – SENARAI PENGGUNA.

Setelah proses RESET dilakukan anda perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baharu.




Sekian.

Harap bermanfaat buat para ibu bapa dan semuaa.

No comments: