Saturday, December 17, 2022

Eskayvie Mindtropic Bantu Kurangkan Stres Serta Elak Masalah Sukar Tidur Dan Kemurungan Melampau

Assalamualaikum.

 

Hello Disember. Sedar tak sedar kita semakin di penghujung tahun 2022.

 

Sekejap sahaja rasanya masa berlalu dengan pelbagai kisah yang berlaku tahun ini antaranya adalah kos sara hidup yang semakin meningkat dengan harga barang naik mendadak tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya berpunca daripada inflasi. Inflasi bukan sahaja melanda negara kita bahkan seluruh negara mengalaminya.



Kita dapat saksikan kenaikan harga yang mendadak tinggi bagi barang-barang keperluan seperti minyak masak, ayam segar, telur, sayur-sayuran dan bermacam-macam lagi yang pasti membebankan ramai orang terutamanya golongan B40.

 

Dengan kos hidup yang semakin meningkat sekarang ni menyebabkan ramai yang terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja untuk tampung keperluan perbelanjaan keluarga berbanding dahulu.

 

Kesan daripada pandemik Covid-19 juga turut memberikan impak besar dalam ekonomi negara yang terjejas kerana banyak syarikat yang gulung tikar menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan dan akibatnya ramai yang mengalami kemurungan dan stres melampau.

 

Stres Dan Kemurungan Akibat Kurang Tidur Berkualiti


Manusia bila dilanda dengan pelbagai masalah lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang tinggi ketika ini menyebabkan mereka terpaksa melebihkan masa dengan kerja berbanding tidur. Ada juga yang sukar tidur malam dan tidur tidak lena kerana terlalu banyak berfikir. Masalah ini boleh menyebabkan individu tersebut cepat stres dan mengalami kemurungan kerana tidak dapat tidur yang berkualiti.

 

Tidur yang secukupnya sangat penting kerana membantu memastikan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Tidur yang tidak mencukupi akan mengakibatkan badan terasa penat sekaligus memberi impak negatif terhadap aktiviti harian.

 

Mental yang penat mampu menyebabkan tindak balas minda seseorang itu menjadi kurang tangkas manakala tubuh badan yang letih akan memberi impak negatif terhadap sistem imunisasi badan.

 

Oleh itu, anda tidak seharusnya memandang remeh terhadap tidur demi menghindarkan kesan-kesan buruk kepada badan serta memastikan hari-hari anda lebih bertenaga walaupun sibuk dengan aktiviti harian.

 

Benar! Kos sara hidup sekarang ni semakin meningkat tapi anda perlu memikirkan kesihatan anda juga. Kalau anda sakit akibat terlalu korbankan masa tidur, ianya bukan dapat selesaikan masalah yang anda hadapi malah ia akan memburukkan lagi keadaan.

 

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Kepada Stres Dan Kemurungan Akibat Tidak Cukup Tidur.



Pada artikel kali ini ateng nak kongsikan kepada anda semua, satu produk terkini dari Eskayvie yang boleh membantu anda lebih mudah tidur dan dapat tidur yang lebih lena serta mampu merangsang perkembangan otak. Produk yang ateng maksudkan adalah Eskayvie Mindtropic.

 

Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan 5 bahan utama 100% semula jadi, halal dan selamat untuk diambil. Ia diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan.

5 BAHAN UTAMA ESKAYVIE MINDTROPIC

 

Phosphatidylserine


● Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. 

● Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.

● Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 

● Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.

 

Ashwagandha KSM-66

 


● Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

● Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

● Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

● Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

 

Bacopa Monnieri



● Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 

● Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

● Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

● Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

 

Magnesium

 


 

● Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak. 

● Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

● Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

 

Selenium

 


 



● Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.

● Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

 

Kelebihan Eskayvie Mindtropic





● 100% Bahan Semula Jadi

● Rasa Tropika Yang Enak

● Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

● Tanpa Gula Tambahan

● Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

 

Manfaat Eskayvie Mindtropic

1. Mengatasi gejala Brain Fog

2. Merangsang perkembangan sel otak

3. Menguatkan memori

4. Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan

5. Menjadikan mood & emosi lebih terkawal

6. Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

7. Menjadikan lebih ceria & gembira

8. Meningkatkan kesihatan tulang & otot




CARA PEMAKANAN



1) Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.

2) Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

3) Bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

 

Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.

 

Feedback Mengenai Susah Tidur



Perkongsikan daripada Puan Tuty, 43 tahun yang diserang stres yang melampau apabila tak cukup tidur namun segalanya berakhir setelah mengamalkan Eskayvie Mindtropic.

 

Daripada feedback-feedback di atas, kita dapat lihat ramai yang berkongsikan pengalaman selepas mencuba Eskayvie Mindtropic. Ramai yang kongsikan mereka lebih mudah tidur dan tidur lebih lena selepas mengamalkan Mindtropic. Bila bangun pagi pun lebih bertenaga, ceria dan rasa lapang. Sebab tu bila kita dapat tidur yang secukupnya, badan akan lebih bertenaga dan tidak lesu. Emosi juga dapat dikawal dan tidak stres dan mudah marah.

 

Ateng pun kalau tak dapat tidur yang cukup memang rasa nak marah je. Kadang-kadang tu masalah kecil je pun tapi ateng rasa nak maki je semua orang. Apa yang ateng buat rasa macam tak kena je. Bila usia makin meningkat ni banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Kerjaya, keluarga, suami, anak dan perkara-perkara lain yang pastinya akan membuatkan ateng mudah stres.

 

Syukur dengan adanya Eskayvie Mindtropic ni ateng dapat tidur dengan lebih mudah dan dapat tidur yang lebih lena sekaligus dapat mengawal emosi ateng untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga, ceria dan produktif.

 

Pentingnya Tidur Yang Cukup

 

Menurut Pakar Neurologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Sathindren Santhirathelagan, umumnya golongan dewasa memerlukan antara enam hingga lapan jam tidur setiap malam, manakala kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Sementara itu, masa yang lebih pendek untuk warga usia emas iaitu di antara empat hingga lima jam sehari.

 

Bagi yang mengalami insomnia atau sukar tidur pada waktu malam ateng nasihatkan, anda cuba Eskayvie Mindtropic ni. Mana tahu dengan ikhtiar dengan produk ini dapat menyelesaikan masalah anda tu. Yang penting jangan stres stres tau. Banyak akibat buruk kerana stres ni bukan sahaja pada diri sendiri bahkan ia akan memberikan kesan pada orang di sekeliling kita.

 

Pada anda yang berminat dengan Eskayvie Mindtropic dan nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini, anda boleh ke website dan media sosial Eskayvie dibawah.

 

Website: www.eskayvie.com

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ 

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

 

#EskayvieMindtropic #JanganStresStres






2 comments:

Sally Samsaiman said...

selalu dgr iklan dia tapi belum cuba lagi...mgkn jenis stress tapi makan tetap makan, tidur lena hahahaha

iam.umifuzy said...

nnt boleh la propose kat mereka yg terdekat ygn punya masalah stress nnt