Friday, May 5, 2017

Pengalaman Jadi Krew KL2017@Sekolah

Assalamulaikum.

Harini nak kongsi pengalaman jadi sebahagian daripada krew KL2017@Sekolah pada 3 April lalu yang diadakan di SMK Pendidikan Khas Merbok.

KL2017@Sekolah ni bersempena dengan Sukan Sea ke 29 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur bulan 8 ni. KL2017@Sekolah ni lebih kurang macam sponsor untuk sekolah yang berminat untuk adakan aktiviti bersukan. Hanya 33 buah sekolah yang terpilih untuk team KL2017 ni buat aktiviti, mngkin satu daerah hanya satu sekolah.

pic credit : FB Kuala Lumpur 2017
Sebenarnya jumpa iklan ni dekat media sosial, sesaja cuba minta sbb niat nak isi masa lapang sbb mmg takda buat, lagi satu taktahu pulak event ni under Sukan Sea ke29. Memang terkejut sangat, lagi terkejut bila tengok emcee dia.....  

wait and see..

5 orang untuk 5 booth aktiviti, tak kenal pun boleh buat kenal seketoi ateng ni. hahaha nak kata ramah tu dak sangat tapi ikut lah keadaan. 


KL2017@Sekolah yang ateng sertai ni under SMK Pendidikan Khas Merbok, sekolah ni buat hari sukan lepastu join dengan KL2017@Sekolah ni lah, best tau jadi sebahagian krew ni melayan kerenah kanak kanak istimewa bersuka ria, mencabar jugak nak faham diorg tapi serius seronok. Antara aktiviti yang ada...


 Kayuhan Paling Pantas
 Bola Sepak

Bola Keranjang

 Balapan
Mini Golf
pic credit : FB Kuala Lumpur 2017
Aktiviti ni untuk pelajar sekolah ni gembira sbb siapa yang dapat habiskan sekurangnya 4 aktiviti dapt tebus hadiah, alahai ada yang berulang kutip kad main sampai lebam sbb nak hadiah haha. kak ateng layankan aja gituu.

Program ni dari pukul 7 sampai pukul 1 aja, sangat cepat masa berlalu, enjoy sangat lah. haa nak tahu emcee program ni  siapa, 

jeng jeng jeng,


Ghani Gagap dengan Lie Kelubi dalam cerita Misteri Wan Peah tu, pagi tu sampai tengok macam kenal diorg ni tengok dalam TV macam kecik sikit, hahaha tu ragu ragu nak tegur tu, last last kerja sekali rupanya kita baru sempat berkenalan, tapi tak sempat buat ramah pun sbb busy. Lawak sangat diorg ni tak larat ketawa mcm dalam cerita jugak. 
Nama sebenar diorg, cari sendiri eh.



Adik adik ni nak bergambar dngn abg dua orang ni tapi tak tahu macamana lepastu akak krew nama ateng tu volunteer lah, adik adik ni tengok dari jauh dengan teruja nak bergambar sampai bersila kt situ hee kesian tngk. comel sangat tau.

Program ni best sangat.


Balik rumah terus cari tentang KL2017 dan Suka Sea 29 nak jadi sukarelawan. hihi seronok pulak. Siap dah register dekat sini www.kualalumpur201.com.my 

Suka sangat lah dapat buat kerja sukarelawan ni tambah tambah bab sukan, walaupun tak berapa nak fit tapi sukaaaaa. 

Tak sabar nak tengok live Sukan Sea nanti, kalau dapat lah. kalau tak tengok kat TV jerrr.

kbye step out~



No comments: