Friday, April 27, 2018

Gossip Box From Althea | 3 Easy Steps Daily Routine

Assalamualaikum.

Wanita dengan cantik berpisah tiada, tak kira cantik tu semulajadi ke make-up ke tak kisah, asalkan cantik. Tapi kalau cantik semulajadi kira untung la kan, bermakna kulit kita sihat dengan pemilihan produk yang tepat.




Korang nak dengar gossip tak?
pssttt gossip box from Althea,
gossip terbaru adalah Althea keluarkan tiga produk simple penjagaan muka agar lebih cantik dan sihat yang diberi nama Bare Essential. Lebih senang penjagaan muka lepasni dengan Althea bagi student macam ateng ni yang kekangan masa, malam- malam kadang nak cuci muka pun tak sempat. Thug life.


Bare Essential from Althea.

kalini Althea keluarkan produk tiga serangkai yang memudahkan para wanita untuk tampil cantik berseri semudah ABC, dah takda alasan tak sempat jaga muka sebab kena ikut step korean skincare sampai 10 steps, kalini 3 steps je dah siap!

Steps pertama semestinya perlulah permulaan yang bijak dengan memilih pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.


CONTOUR CLEANSER Bare Essential yang mengandungi Ice plant dan Lemon Verbena leaf sebagai bahan utama yang berfungsi sebagai pencuci dan skrub sebab ada mikro kapsul pod. Selain itu berfungsi sebagao detoks wajah iaitu membersih dua kali ganda daripada biasa.



Tekstur Contour Cleanser ni berbuih dan  tak mengeringkan wajah,bau pun wangi. Ateng kulit kombinasi sesuai dengan cleanser ni, lepas cuci muka lembut je.


Produk kedua atau langkap kedua produk Bare Essential adalah PRIMER WATER yang mengandungi snow lotus dan patented dewdrop technology yang berfungsi dua dalam satu iaitu toner dan primer. Sangat sesuai dijadikan base sebelum make-up atau natural base bagi yang suka natural look without any make up.
Tekstur Primer Water adalah gel water based yang sesuai untuk semua jenis kulit kerana cepat meresap dan tak melekit, ateng suka Primer Water.



Dan produk terakhir atau langkah terakhir adalah FIXER CREAM yang mana mengandungi 'Green tea', baobab tree dan trehalose. Ia berfungsi sebagai moisturizer sebelum apply foundation atau extra sunblock. Ia juga membantu melembabkan kulit dan menyegarkan kulit sepanjang hari up to 24 hours. wow! malah, boleh merawat kulit yang bermasalah.


tekstur yang lembut dan cepat meresap dan tak berminyak atau melekit.


Dengan tiga steps dan siap semudah ABC dan tak perlu bersiap lama demi skincare. Hanya dengan Bare Essential siap tiga steps!

terlalu banyak steps akan meletihkan wajah dan merosakkan wajah jika memilih produk yang salah. Membuat pilihan yang bijak seperti ateng dengan memilih Bare Essential dengan bahan yang diyakini semulajadi.




Malah, harga juga berpatutan dengan hanya RM116 dan boleh dapat 3 steps skincare. Ateng suka produk Bare Essential ni sebab sesuai dengan kulit kombinasi dan berminyak ateng. Korag kalau berminat ateng ada sertakan link untuk dapat kan produk ni. InsyaAllah tak menyesal.
Boleh dapatkan disni..









1 comment:

Dunia Zumal said...

Menarik produk ni...