Friday, April 6, 2018

Jalinan Ukhwah Di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Selangor.

Assalamualaikum.

Adat resam la bila part 1 akan join macam macam aktiviti pengenalan bila masuk ke sesuatu tempat yang baharu, bagi ateng tempat ni memang baru dari segi semua aspek baik loghat, makanan, semualah, orang kata kalau mudah terpesong memang sesat lah haha.

26 November 2017
Taman Rekreasi Paya Bakau Kg Sijangkang. Selangor.

Bagi setiap kos dekat fakulti ateng ada kelab tau, kelab ni ibarat mengeratkan silaturrahim antara senior dan junior, jadi setiap kali ada junior baru mesti ada aktiviti ni, Jalinan Ukhwah, dapatlah berkenalan dengan senior minta tips sesikit gittew.

Kos ateng under Kelab Nets.


Classmates untuk 2017/2018
Bila ada aktiviti mcmni barulah rasa macam kami saling mengenali kalau tak, masuk kelas keluar kelas lepastu tegur hai bye jee. This is degree lifeee. hehehe

Ateng sebenarnya nak tunjuk tempat ni cantik sangat, kawasan pedalaman kampung tapi ada tempat ber-aktiviti yang menarik sangat.


 Total bas : 3 biji
Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Selangor.

Kawasan yang sesuai kalau nak buat aktiviti macam family day ke jalinan ukhwah sebab dah tersedia kawasan untuk buat aktiviti cuma bawak peralatan yang ringan sebagai tambahan, malah sesuai untuk yang suka kawasan yang tenang jauh dari bandar sebab automatik phone akan hilang dari radar bila masuk sini hihi


Ni kawasan paling hadapan, macam tempat berkumpul ada pondok, ada tempat untuk ber-BBQ



Ni tempat ber- BBQ turut disediakan tau tong tempat masak tu, just bawak arang dengan bahan BBQ ja, paip nak cuci tangan pun ada, ada pondok siap lagi untuk berteduh. Seronok!



Jadi kami random di bahagikan kepada beberapa kumpulan, lepastu ice breaking for ten minutes before start the game, total game : 6. fuhhhh mereciks peluh sis.


Ni adalah antara salah satu kawasan dia yang sempat ateng ambil,
cantik sangat.

Yass, Selangor memang banyak tempat riadah dan aktiviti yang menarik dan cantik tapi Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang ni tak ramai yang tahu,
member ateng yang memang orang Selangor pun taktahu tentang keindahan tempat yang menarik ni,




Nak masuk paya bakau ni kena bayar tau : RM 2 per person.


Ateng hanya mampu berjalan sejauh 200 meter sebab masa limited, ni aktiviti bebas sebenarnya takda dalam list program tapi sebab ada waktu gap solat tu lama, cilok lah sikit masuk sini hee.


 Before program,


After program.

Kalau korang berminat boleh pergi dekat FB

Taman Rekreasi Paya Bakau Kg. Sijangkang

bukan ateng yang handle program ni ateng just share kenangan manis dekat sini hee,
jangan cakap ateng tak payung,
payung warna warni lagi tauuu. :P

5 comments:

MisDiarios said...

wahhh enjoynyaaa seronok nampak.. baguslah dapat eratkan lagi ukhwah :D
follow sini :D

Mellya Musa said...

Serious rindu zaman belajar 😂 skrg dah xdapat merasa activity cm ni huhu

Aerill Hassan said...

Salam sejahtera

Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html
Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

She Is Farahain said...

wahhhh bestnyaaa..

Dunia Zumal said...

Bestnya lokasi ni, boleh buat event ni