Monday, September 17, 2018

Hatyai DayTrip

Assalamualaikum

Ateng dah masuk semester baru tapi tetap nak kongsi trip pergi Hatyai cuti semester haritu,
ateng pergi balik hari je sebab sesaja nak mencuba pergi oversea gitu,
jadi ateng nak kongsi bajet dan tempat yang ateng pergi je,
mana tahu ada yg nak buat rujukan ke,




sebenarnya ni semua pengaruh media sosial,
penuh wall semua kongsi sweet moment dekat Hatyai,
ateng dengan member kerja tag sana sini ja tak pernah rancang langsung nak p,
tetiba haritu nampak iklan agensi lalu dekat wall terus tag member,
terus member whatsapp jadi weh,




so 22 Julai 2018 la tarikh kami pergi Hatyai ya,
ateng ambil agensi dekat Perlis thru padang besar RM75 perhead boleh search 
boleh je pergi sendiri tapi sebab dua orang mcm tak berbaloi kan nak drive for one day je,
so cuba agensi laa.

border untuk negeri Kedah,Perlis & Kelantan RM10 - buat sendiri
hari first day gerak from rumah lewat sikit so sampai Padang Besar around 9 a.m sharp,
sebelum masuk kena cop border dua kali tau Malaysia then Thailand,


Rincha Roti



First place was Rincha Roti for breakfast sebab gerak pagi around 8-9 a.m,
Rincha Roti ni dekat je dengan Padang Besar,


Menarik nya kedai ni masih boleh bertutur Bahasa Malaysia tau,
diorg faham je.

rasanya menu sama je macam Malaysia punya breakfast style cuma roti canai ada banyak warna yang menarik dan kuah dia,
kita boleh pilih nak susu atau kuah kari ni,
Nasi ayam gulai pun ada,
Minuman pelbagai jenis,
dan semua tak sempat ambil gmbr sebab dah lapar sngt wehh.

Breakfast : 159 bath


Second place 


Arked Hatyai?
kami pergi satu kawasan macam tempat membeli belah macam arked padang besar tu, harga dekat situ lebih kurang sama je,
ateng hanya beli baju ada tulisa Hatyai dan Krabi sebagai tanda dah pernah sampai hehe
lepastu kami menapak ke 7e yang berdekatan sebab ramai yg cakap tempat wajib masuk.



Teapot tube ni RM2.10 je dekat sana, 21bath lahh kiranya


peminat tegar susu macam ateng dan tak suka manis, 
suka sangat susu almond ni,

RM 1.80 kot?
murah dan sangat rambang mata masuk 7e je, hahaha


3D & Magic Museum Hatyai





To be honest kami tak masuk sbb trip bajet,
400 bath ticket,
sebenarnya sebab motif kami nak cari makan ja, 
tak masuk lah museum lepak luar pun dah cantik,
dalam mesti lagi cantik,
member ateng macam " ala penang kan dah masuk" haha
sejam je dekat sini




Chang Puak Camp


Sini semua berkaitan gajah je,
boleh bagi makan, ambil gambar, nak ride pun boleh, circus pun ada,
tapi ateng kesian lah nak naik dia,
macam terseksa je tengok sobs.
kami selfie ja lebih,
semua satu trip taknak naik sebab kesian,





ticket : 500 bath per head kalau nak naik gajah tu.



Samila Beach


sini tempat kami stop makan, solat and ambil gambar dengan duyung samila tu,
takda apa sangat kira memang tempat makan dan lepak lah.


Last sebelum balik,
Klonghae Floating Market


Masuk sini habiskan semua duit yang berbaki lagi 500 bath tu haha
semua ada dekat sini pilih jerr.
dan yang pasti semua sedappp
patut beli aiskrim,pancake pisang, yummylicious.


lepasni nak pergi lagi tapi lama sikit 10 hari,
kehkeh,
total lost haritu dalam RM250 untuk dua org sbb naik van tu kan,
pakai agensi,
boleh lagi murah kalau pergi dengan train tau,
next pulak,
insyaALLAH.

Appreciation post :
Thankyou sudi teman kahkah walaupun pagi pagi dah bebel sebab lambat.
nanti kita pergi jauh sikit nahhh
kbye

step out..

additional info : Tiram Travel pun ada buat trip ke sana drpd Penang dan Kedah utamanyaa

8 comments:

Shafyqah Azahar said...

takrancang tu lah nak jadi! bestnya dapat g overseas hehehe

zarul farhana said...

Mmg best p sana.... Acah2 p obersea... Hihi...

Pha Is said...

tudia sakan pi siam.. kami ni plan lama dah nk ride pi siam tapi x jadi2..

Cuya said...

seronoknyaaa,...

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/


singgah sini dan follow :)

MiaZain said...

bestnya pi sana... next time kena gi lama sikit kan,banyak lagi tempat menarik kat sana...

Fatimah Nabila said...

amboi, nak pi lagi utk 10 hari, nak buat apa lama2 situ..haha!

Faiz Zakaria said...

dahsyat.. melancong oversea..

Dunia Zumal said...

Wah, bestnya melancong