Tuesday, December 11, 2018

Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH 2019)

Assalamualaikum.




Pernah dengar BSH?

BSH ni Bantuan Sara Hidup ataupun sebelum ni dikenali sebagai BR1M iaitu bantuan untuk rakyat yang merupakan insentif kerajaan dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan seharian dalam erti kata lain mengurangkan bebanan rakyat yang tersenarai.
Semua boleh memohon tapi dengan memenuhi syarat yang ditetapkan baru layak tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat ni.
Malah BSH kalini hanya untuk yang berkeluarga tau, yang bujang sudah digugurkan.

Bila boleh kemaskini/pendaftaran baharu?

Permohonan baru boleh dibuat di website Bantuan Sara Hidup 2019 bermula Januari 2019 malah untuk kemaskini adalah pada Disember 2018.


Pemohonan baru boleh walk-in dekat LHDN atau isi online dekat website -- https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx

Syarat kelayakan BSH 2019

Syarat wajib bagi setiap bantuan adalah penerima hendaklah warganegara dan menetap di Malaysia. Jumlah bantuan mengikut setiap kategori.
– Isi rumah pendapatan bawah RM2000 akan dapat RM1000
– Isi rumah pendapatan RM2001-3000 dapat RM750
– Isi rumah pendapatan RM3001-4000 dapat RM500
– Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang) , kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.
Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak, maka jumlah BSH yang akan diterima adalah sebanyak RM1,480.

Bantuan Sara Hidup 2019 ni memang khas untuk golongan yang kurang berkemampuan malah sudah berkeluarga dengan anak anak lagi. Sekarang ni kos sara hidup tinggi jadi dengan BSH dapat lah membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Dekat sini ateng nak senaraikan tips simpan wang BSH 2019 ni,
- Simpan separuh dalam mana mana pelaburan supaya boleh guna untuk kecemasan
- Boleh juga guna modal untuk berniaga sebagai tambahan pendapatan
- Bayar hutang atau selesaikan yang penting
Senang cerita guna BSH ni di jalan yang benar dan berfaedah, jangan lah pulak untuk memenuhi kehendak. Semoga BSH bermanfaat dan dapat mengubah hidup setiap yang memerlukan.


5 comments:

Fatin Syaza said...

thans for the info cutie pie~

Shafyqah Azahar said...

bujang dah takdapat, nak kena kahwin ke ni hahaha joke joke

zarul farhana said...

Sebelum ni xpernah mintak lagi la..

Diana Hamidi said...
This comment has been removed by the author.
Diana Hamidi said...

Assalamualaikum. Hai.. Saya sedang mencari rakan maya bloggers untuk jadi sahabat dan berkongsi pengalaman menulis di blog. Tertarik dengan perkongsian sis yang menyajikan info penting / semasa. Kalau tak keberatan, datang lah bertamu ke laman blog saya. Huu. Terima kasih :)

https://coretansisipan.blogspot.com/