hai lama lamanya blog berhabuk, fuh fuh.
harini ateng nak kongsi satu brand skincare yang menjadi kegilaan semua wanita sejak azali lagi,
brand ni ada keluarkan produk baru tau,
tak silap ateng dari tahun lepas lagi.
jeng jeng jeng,
SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE ada kesinambungan kecantikan terbaru daripada SAFI iaitu Jenama Halal No.1 Malaysia. Safi Dermasafe sangat sesuai untuk kulit remaja sebelum 25-30 mungkin, ehem nasib muda lagi. Safi sesuai untuk dijadikan rutin penjagaan harian bagi ateng yang mempunyai jenis kulit combinasi dan berminyak di kawasan T (T-zone). Untuk kulit jenis ateng ni memang kena guna lebih dari satu jenis pencuci tau, bila kulit berminyak kena guna yang sesuai kalau tidak pori tersumbat.
Senang cerita sebagai seorang penuntut universiti dan kekangan masa, ateng perlukan produk kecantikan yang senang digunakan serta menjimatkan masa. Contohnya dengan hanya sekali cuci dah boleh bersihkan tanpa perlu buat double cleansing atau perlu ikut 10 langkah penjagaan muka cara orang Korea. Oh ku tidak rajin dan masa tidak pernah ada untuk itu.
Selalunya ateng akan gunakan pencuci muka jenis gel pada waktu pagi sebab muka selalu berminyak apabila bangun daripada tidur untuk mengelakkan pori tersumbat sebelum menghadapi hari hari mendatang yang lebih banyak aktiviti berpanas dan berhabuk. Pada waktu malam sebelum tidur ateng guna yang biasa berbuih sebab dia mencuci secara mendalam senang untuk apply pelembap malam selepas itu lebih penyerapan. Ateng memang terbiasa guna pencuci muka pelbagai mengikut keadaan muka, kalau waktu jerawat guna jenis jerawat pulak.
SAFI DERMASAFE Gel Mild & Gentle Cleanser
RM 19.90
Permbersih muka dalam bentuk gel ni memang sesuai untuk kulit berminyak tau khususnya.
Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan pada kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.
SAFI DERMASAFE Mousse Gentle Care Cleanser
RM28.90
Ini adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam untuk keselesaan pada wajah. Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya. Ateng guna sebelum supaya kekal cantik walaupun tidur.
Kalau normal rutin selepas mencuci wajib pakai pelembap tau,
SAFI DERMASAFE ni yang bestnya ada pelembap yang berasingan untuk siang dan malam,
lebih jimat dan fungsi berbeza
SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate
RM35.90
Untuk kelembapan wajah waktu siang korang boleh gunakan pelembap siang ni.
Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarka serta tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam. Siang kan terdedah dengan cahaya matahari jadi sesuai lah.
SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover
RM48.90
Tidak kira waktu selepas mencuci wajib pakai pelembap malah waktu malam juga wajah perlukan penjagaan yang lebih agar kulit tidak akan kering jika kita tidur dalam bilik berhawa dingin misalnya. Diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.
RM39.90
Semburan ini diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.
Yang ni wajib bawak kemana saja sebab pelbagai guna, boleh spray untuk solekan tahan lama, segarkan wajah terutamanya bila mengantuk dalam kelas weh.
Tunduk bawah meja sikit terus sembur.
Selain itu, ia jugak berfungsi sebagai toner dan juga pelembap yang boleh dibawa ke mana mana. Sangat jimat tau set SAFI DERMASAFE ni.
Set ini dah sangat jimat dan berbaloi, dan tiada PARABEN memang selamat awak,cuma perlu tambah sunscreen dalam penjagaan harian untuk orang simple macam ateng la yang memang malas langsung nak bersolek,
Permbersih muka,
Pelembap
Sunscreen
Ok dah siap!
Jangan cakap ateng tak payung sis.
6 comments:
wahh guna ekstrak chamomile, nice! Packaging pun cantik :)
Farhana Jafri
bestlah set ni!
Byk product safi ni
Rumusan hebat dari Safi
Mesen online dmna ka
Hi sis tpi kat cleanser tu ad SLES, OK ke
Post a Comment