Assalamualaikum.
Hello September.
Baru baru ni AbahDin a.k.a Perdana Menteri kita ada bagi hadiah dekat yang layak iaitu Bantuan Prihatin Nasional dan Gerak Khas Prihatin bersempena dengan Covid-19 ni,
banyak bantuan yang diberikan untuk mengatasi masalah Covid-19 ni,
bersyukur sangat.
Tapi bulan September ni PM kita buat kejutan depan BPN 2.0. dan Gerak Khas Prihatin buat yang layak.
Bantuan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 melibatkan suntikan dana tambahan RM7 Bilion dengan sasaran 10.6 Juta Penerima seluruh Malaysia
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah adalah tambahan bantuan kewangan dalam pakej “KITA PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru baru ini bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya kepada individu dan juga perniagaan yang terjejas pendapatannya ketika ini
Banyak pakej ransangan telah diumukan oleh kerajaan untuk bantu rakyat daripada segi keluarga, individu, hinggalah syarikat yang masih terjejas pada waktu ini.
Korang boleh baca dan buat semakan kelayakan dekat BPN2.0
Gerak Khas Prihatin adalah bantuan buat Perusahaan Kecil dan Sederhana yang berdaftar dengan SSM dan LHDN.Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) merupakan permohonan bantuan secara one-off yang boleh anda buat jika anda merupakan dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dengan jumlah RM3000 untuk meringankan kewangan perniagaan disebabkan wabak covid 19 ini.
Semenjak PKP ni ramai yang dah hilang pekerjaan dah mula hidup dengan berniaga, pasti seronok dapat bantuan modal, pastikan berdaftar dulu dengan SSM ni.
Awal Mei haritu ramai yang dah dapat bantuan ni,
Oktober ni PM buka lagi untuk yang tak sempat membuat permohonan untuk membantu dan mendengar rintihan rakyat.Selain itu, untuk mengelakkan peniaga menjalankan perniaagaan tanpa lesen yang sah.Permohonan baharu GKP dibuka sehingga 31 Oktober 2020.
Jangan lepaskan peluang GKP boleh klik SINI untuk cara mohon dan syarat GKP.
Terima kasih untuk bantuan ini.
Moga digunakan sebaiknya dan moga Covid-19 pergi dengan tenang.
3 comments:
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan kita semua.
abah din..??? hahahaha
Alhamdulillah pelbagai bantuan ada untuk rakyat
Post a Comment