Penghantaran yang lebih Pantas, Chatbot AI
Dipertingkatkan, dan Khidmat Pelanggan Industri Terbaik
Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan,
memperkuatkan pelaburan operasi dan logistik di Malaysia dalam platform ini
mengekalkan posisi pasaran #1 dari segi purata pengguna aktif bulanan dan masa
yang diluangkan dalam aplikasi. Kajian yang dilakukan oleh Kantar dan Shopee
mendedahkan baru-baru ini, 70% pembeli platform dari seluruh Asia Tenggara
adalah berumur 32 tahun dan bawah (Generasi Z), meluangkan masa dalam app
secara 30 minit setiap hari*.
Sepanjang 2023, Shopee meningkatkan kebolehan asasnya dalam mencipta pengalaman yang lancar dan selamat terhadap pembeli yang celik digital ini. Ini termasuk membekalkan rakyat Malaysia dengan pilihan penghantaran yang lebih pantas dan lebih fleksibel, seperti Penghantaran Hari Berikut (Next Day Delivery), Penghantaran Pantas (Instant Delivery), dan tambah Shopee Collection Point untuk pengambilan sendiri (self-collection).
Pasukan Khidmat Pelanggan Shopee
Diperkasakan untuk menyelesaikan Masalah dengan Papan Pemuka (Dashboards)
Pengguna Malaysia
yang membeli atau menjual di aplikasi menghubungi pasukan khidmat pelanggan
Shopee 9.5juta kali untuk bertanya soalan pada 2023 -- setiap kes ini
diselesaikan dalam masa 30 saat dengan 98% kejayaan -- dan dengan kadar
kepuasan khidmat pelanggan sebanyak 80%, tertinggi dalam industri.
Titik permulaan hubungan buat rakyat Malaysia adalah kepada AI chatbot Shopee, atau lebih dikenali sebagai Sophie (maskot syarikat). Program neurolinguistik Shopee telah dipertingkatkan untuk membantu pengguna di setiap proses dengan mengenalpasti niat relevan, menjangkakan soalan yang akan ditanya berdasarkan interaksi pengguna yang lalu, dan membekalkan penyelesaian berdasarkan buku panduan pengurusan yang telah dilokalkan. Pada 2023, purata penutup kejayaan Sophie meningkat dua kali ganda, di mana Sophie menyelesaikan 80% kes daripada 18 juta pertanyaan sebelum dihantar ke agen khidmat pelanggan.
Shopee
mengoptimumkan jumlah agen khidmat pelanggan yang ada, dan menambah baik
proses, latihan, dan insentif mereka supaya penyelesaian menyeluruh untuk
setiap kes dapat dijalankan kurang daripada sehari dan kadar pengguguran kes
adalah pada tahap kosong pada akhir tahun 2023, walaupun menerima jumlah soalan
yang banyak.
Tambahan, agen
khidmat pelanggan Shopee, adalah antara yang menerima jumlah insentif bulanan
terbaik dalam pasaran untuk prestasi bagus. Mereka juga dilengkapi dengan SOP
Assistant Tool yang memperkasakan agen untuk menyelesaikan lebih banyak kes
berdasarkan maklumat dalaman yang menjadikan mereka pakar dalam membuat
keputusan menggunakan data CRM dalam platform.
Pasukan Khidmat Pelanggan Shopee Meraikan Kadar Kepuasan Pelanggan
Pasukan khidmat
pelanggan Shopee sering menerima maklum balas peribadi seperti “Respons yang
sangat pantas. Terima kasih. Saya lebih suka Shopee [berbanding pesaing],
disebabkan proses pemulangan wang yang mudah. Terima kasih Shopee ❤️” dan “Saya
menghargai kerja keras anda! Khidmat pelanggan berusaha untuk memberikan
respons pantas dan efisien. Terima kasih kerana mengambil peduli terhadap
masalah saya.”
“Pengguna boleh
menggunakan tempoh Shopee Guarantee secara bijak untuk jejak status
penghantaran mereka dan memeriksa sama ada produk yang dihantar memenuhi
keperluan mereka. Sekiranya pengguna tidak boleh menggunakan Seller Chat untuk
menyelesaikan isu secara langsung dengan penjual, mereka boleh menghubungi agen
khidmat pelanggan Shopee. Pengguna juga boleh melaporkan produk menggunakan
ciri Menu untuk penjual di bahagian kanan setiap produk yang disenaraikan untuk
mengekalkan keselamatan komuniti, kerana Shopee amat mementingkan standard
tinggi setiap penjual dalam menjual secara bertanggungjawab,” jelas Sern-Li Lim, Ketua Operasi Shopee Malaysia.
Pada 2024, Shopee
berterusan untuk meningkatkan kebolehan ekosistem logistik untuk menyokong
penghantaran lebih pantas buat pelanggan. Rakan logistik Shopee, SPX telah
mengembangkan fasiliti gudang dan akan beroperasi tujuh hari seminggu. Shopee
juga bekerjasama rapat dengan jenama, penjual, dan rakan perniagaan supaya
usaha untuk menghantar 95% pesanan dapat dijalankan pada hari yang sama.
Tambahan lagi,
Shopee telah menerajui polisi pemulangan komprehensif dan mudah untuk
membawakan keyakinan kepada jutaan rakyat Malaysia apabila mereka mahu
mendapatkan produk yang diingini, termasuk barangan bernilai tinggi yang mereka
tidak boleh sentuh atau periksa ketika membeli dalam talian. Pertama, dengan
meningkatkan proses Pemulangan dan Pengembalian Wang supaya proses adalah lebih
senang dan singkat, melengkapkannya dalam masa dua setengah hari (berbanding
kebiasaan sektor industri peruncitan iaitu tujuh hari), dengan dua kali ganda
pilihan titik drop-off dan doorstep pick-up. Kedua, dengan mengembangkan ciri
polisi pemulangan percuma, tanpa soal bermula 19 Mac 2024 untuk lebih banyak
produk, membawakan fleksibiliti tambahan sepanjang proses membeli-belah dalam
tempoh 15 hari Shopee Guarantee.
Kajian
#ShopSafeWithShopee terhadap 1,000 pembeli berumur 18 tahun dan ke atas
mendapati sembilan daripada sepuluh menggunakan ciri platform seperti demo
Shopee Live, chat penjual, Shopee Mall's Authentic Deals, dan Shopee Guarantee
untuk memastikan transaksi pembelian dalam talian yang selamat**.
No comments:
Post a Comment