Mikaseries
guna strim langsung untuk pupuk keterlibatan dan keterangkuman di Shopee
Mikaseries - jenama
kecantikan yang diasaskan oleh ahli Shopee Celebrity Squad, Zoey Rahman, dibina
berbekalkan semangat keusahawanan, inovasi, dan keterangkuman menikmati
kejayaan sepanjang enam tahun di platform Shopee. Diinspirasikan daripada
pengalamannya sebagai artis yang mendapati terdapat permintaan terhadap alat
solek kekal lama dalam industri perfileman, Zoey menggunakan kebolehan dinamik Shopee Live untuk
mentransformasikan pengalaman membeli-belah kecantikan dan kosmetik, menjawab
sebarang salah faham, dan menyokong kepelbagaian dalam industri.
Mikaseries
diperkenalkan pada 2018, selari dengan kemasukan Zoey ke Shopee Celebrity
Squad. Walaupun berhadapan pelbagai cabaran dalam pasaran yang kompetitif, Zoey
mendapat sokongan penuh dari Shopee dalam beliau melayari perjalanan e-dagang.
"Shopee Live
adalah alatan perniagaan bertransformatif,” kata Zoey. “Ianya bukan sahaja
untuk mempamerkan produk; tetapi juga untuk memupuk dialog bermakna dan
memperkasakan pengguna untuk membuat keputusan berinformatif. Melalui sesi
interaktif, saya berpeluang untuk menjawab sebarang kekhuatiran, mengetengahkan
manfaat produk, dan menyampaikan mesej bahawa kecantikan adalah untuk semua.
Mikaseries bukan sekadar kosmetik, tetapi ianya adalah tentang penerimaan
individualiti, menggalakkan penjagaan kulit sebagai keutamaan, dan menjadikan
kecantikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan boleh diakses semua.”
Tambahnya, “Semasa
kempen jualan Shopee seperti 11.11 dan 12.12, Shopee Live membantu jenama kami
untuk meningkatkan aktiviti pengguna dan menarik perhatian lebih ramai penonton
ke sesi strim langsung kami. Insiatif seperti baucar Shopee Live dan Shopee
Coins eksklusif memacu keseronokan dan menjana lebih banyak trafik ke saluran
penjual. Ciri interaktif platform ini juga lengkap dengan cadangan
membeli-belah yang diperibadikan secara langsung dan meningkatkan kadar
aktiviti pembelian buat Mikaseries. Terima kasih kepada Shopee Live, kami
mengalami peningkatan ketara dalam jumlah tontonan dan penjualan.”
Menggunakan kuasa
Shopee Live, Mikaseries telah berjaya mengintegrasikan strim langsung ke dalam
strategi pemasarannya, memupuk hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan,
dan mencipta semangat berkomuniti. Jenama ini memaksimakan penggunaan Shopee
Live dengan berstrim langsung tiga kali setiap hari, dua jam setiap sesi, di
mana kadang kala Zoey menjadi pengacara. Pengendalian strim langsung ini
mencipta hubungan kukuh dengan pelanggan lalu meningkatkan reputasi jenama dan
memacu jualan.
Mikaseries juga
mendapat manfaat dari sistem sokongan menyeluruh dari Shopee, termasuk sumber
seperti Shopee University dan Hab
Pendidikan Penjual. Saluran ini membawakan mendidik
penjual dengan ilmu perniagaan dan melengkapkan penjual dengan kemahiran
penting untuk bersaing dalam landskap sengit e-dagang. Dengan menggunakan
sumber dan alatan perniagaan Shopee, Zoey berjaya menempuhi cabaran dalam
industri kosmetik dan menubuhkan Mikaseries sebagai jenama bereputasi di
platform Shopee.
Mikaseries
menawarkan penyelesaian kecantikan untuk semua jantina. Produk signaturenya adalah serum yang disuntik
saffron, MIKA ULTRA SERUM - BOOSTER, yang telah terjual lebih 4,700 unit di
Shopee. Serum ini diformulasi untuk melawan radikal bebas, membaiki dan
menghidrat kulit untuk kompleksi kulit yang lebih berseri. Tambahan lagi, alat
solek Mikaseries, seperti foundation
popular Mikadation, yang telah terjual lebih 15,000 unit di Shopee, menawarkan
penyelesaian kemasan ringan dan berpelbagai sesuai untuk lelaki dan perempuan,
sama ada mereka memilih untuk memakai solekan yang lebih berat atau ringan.
Selari dengan
komitmennya untuk terus berkembang dan berinovasi, Mikaseries telah melangkah
masuk ke dunia fesyen dengan perkenalan Mikawear Indra Exclusive di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita
pada 5 Mac.
Semasa pertunjukan
fesyen yang distrim langsung dan ditonton lebih 70,000 penonton dari seluruh
Malaysia, Mikaseries mempamerkan koleksi Raya Mikawear Indra Exclusive yang
mengetengahkan Baju Melayu Indra dan Sampin Indra ‘instant’, yang diinspirasikan oleh gabungan kemodenan elegan dan
warisan tradisional. Terjemahan kontemporari potongan klasik ini membawakan
kolar cekak musang klasik dengan butang tersorok untuk kesenangan dan kelainan
dalam memakai baju Melayu.
“Platfrom mana lagi
selain Shopee Live yang berkesan untuk saya memperkenalkan usaha baharu saya
kepada dunia? Saya percaya akan sifat interaktif platform ini yang mempunyai
pengkalan pengguna meluas dan pelbagai inisiatif kempen telah menjadikannya
alatan penting untuk memacu perkembangan perniagaan, dan membina hubungan
berkekalan dengan pengguna,” akhiri Zoey.
Beribu pejabat di
Cheras, Kuala Lumpur, Mikaseries dianggotai sebelas individu komited, dan lebih
109,000 pengikut di Shopee. Dengan rancangan untuk meluaskan rangkaian produk
dan meluaskan jenama ke 200 kedai runcit fizikal pada akhir tahun, Mikaseries
akan terus membawakan kecantikan dan gaya untuk semua.
No comments:
Post a Comment