Thursday, June 13, 2024

Rekaan Praktikal Liyanacollection Menyerlah di Shopee Live

 Platform Penstriman Langsung Memainkan Peranan Penting untuk Menonjolkan Fungsi & Nilai Produk

Shopee Live telah menjadi alat perniagaan penting buat Liyanacollection, jenama fesyen Muslimah tempatan yang menawarkan rekaan sedia pakai dengan sentuhan buatan khas. Diasaskan oleh Norliyana Abdul Ghani, seorang pereka fesyen yang belajar sendiri tentang rekaan fesyen dan mempunyai minat mendalam tentang fungsi pakaian, Liyanacollection mengutamakan keselesaan dan kepraktisan untuk wanita Muslimah moden. Pakaian mereka menampilkan rekaan mesra wudhu, mesra penyusuan dengan zip tersorok, dan fabrik berkualiti tinggi dan tebal yang direka elegan — semuanya pada harga yang berpatutan.

Mengintegrasikan Shopee Live ke dalam operasi harian Liyanacollection sejak tahun 2021 terbukti menjadi batu loncatan buat mereka. Semasa penstriman langsung, penonton berpeluang melihat butiran terperinci yang direka khas dalam setiap pakaian. Hos menunjukkan bagaimana zip yang tersembunyi dengan bijak pada kedua-dua lengan memudahkan untuk berwudhu dan zip tersorok untuk memudahkan ibu menyusu dan ciri-ciri lain yang menjadikan pakaian ini sesuai untuk pemakaian harian. Interaksi secara langsung ini amat penting dalam memacu kejayaan Liyanacollection. Ia membolehkan pelanggan melihat kepraktisan dan kecantikan rekaan mereka secara langsung, sekali gus mengukuhkan kepercayaan pelanggan.




Norliyana menekankan kuasa ketelusan yang boleh dicapai melalui Shopee Live. “Ketelusan membina kepercayaan dan pelanggan setia," jelasnya. & Shopee Live membolehkan kami berhubung dengan pelanggan secara langsung, menunjukkan kualiti terperinci rekaan serta menjawab soalan secara langsung. Kepercayaan ini yang memacu kejayaan kami. Kami sangat mementingkan perkhidmatan pelanggan, dan penilaian kedai yang positif adalah penting bagi kami.

Ciri-ciri Shopee Live meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah Shopee Live buat penonton Liyanacollection. Penonton boleh menebus Shopee Coins dan baucar pengikut baharu, sementara fungsi beg oren membolehkan mereka terus ‘add-to-cart’. Sejak mengintegrasikan Shopee Live, Liyanacollection telah melihat kesan ketara, terutamanya semasa musim kemuncak seperti Raya, di mana hasil jualan mereka berganda.

Untuk kekal berdaya saing dalam dunia e-dagang yang sentiasa berkembang, Shopee memperkasa Liyanacollection melalui peluang pembelajaran yang berterusan. Ciri platform ini yang memberi fokus kepada perkongsian ilmu dan ketelusan analitik data pengunjung juga membolehkan meraka mengetahui tentang trend semasa dan perkembangan terkini platform.Perniagaan saya adalah 80% dalam talian, jadi saya sentiasa menimba ilmu tentang perkembangan terbaharu platform ini, kata Norliyana. Setiap minggu, pasukan saya menyertai kelas dalam talian untuk memahami lebih lanjut dan kekal maklum tentang perkembangan dunia jualan dan beli-belah dalam talian." Universiti Shopee menawarkan kursus percuma dan menyediakan ilmu perniagaan dalam talian penting terutamanya buat penjual baharu.



Koleksi Raya 2024 Liyanacollection telah dipamerkan di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita, yang distrim langsung kepada lebih daripada 70,000 penonton seluruh negara melalui Shopee Live.Liyanacollection telah berkembang dari sebuah usaha dropshipping menjadi perniagaan tempatan yang berjaya dan membawa impak positif kepada komuniti. Dengan hampir 30 pekerja, jenama ini memperkasakan tukang jahit tempatan dengan mengambil mereka di kilang jahit Liyanacollection di Alor Setar, Kedah. Terkini, menawarkan 50 rekaan tersendiri,dengan fokus terhadap pakaian tradisional dan perkahwinan, Liyanacollection meraikan warisan budaya sambil menawarkan wanita Muslimah moden dengan pilihan yang bergaya dan praktikal. Dengan lebih daripada 2000 helai terjual di Shopee, Baju Kurung Brocade LYS Beryna adalah yang terlaris. Liyanacollection merancang untuk melancarkan koleksi pakaian kasual dan tudung, menunjukkan komitmen mereka untuk mencapai pelanggan yang lebih luas dan kekal relevan dalam arena fesyen Muslimah dalam talian.






Shopee komited untuk memupuk komuniti penstriman langsung dan memacu pertumbuhan e-dagang melalui inisiatif seperti Stream-A-Thon. Program ini membantu ahli Shopee Affiliate baharu memulakan perjalanan penstriman langsung mereka di Shopee Live dengan menawarkan mereka peluang untuk memperoleh sehingga RM3,000 sebulan, menggalakkan mereka berinteraksi dengan penonton dan menyediakan alat serta pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya. Dengan menyertai Shopee-A-Thon, ahli affiliate baharu boleh membina pangkalan pelanggan mereka, dan meningkatkan potensi jualan mereka,memastikan permulaan yang kukuh di Shopee Live. Untuk maklumat lanjut, layari:https://shopee.com.my/m/Stream-A-Thon

No comments: