SAPS ibu bapa digunakan untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah la senang cerita. Semua jenis ujian tau, ujian bulanan atau tahunan.
Pernah dengar tak SAPS ibu bapa? Harini nak berkongsi cerita tentang SAPS ibu bapa ni. Menarik ke tak? baca bagi habis tau.
Tahukah anda apa itu sebenarnya SAPS Ibu dan Bapa?
SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis pelajaran sekolah merupakan inisiatif daripada Kementerian pelajaran Malaysia. Ibu bapa boleh semak keputusan pelajaran anak-anak melalui web SAPS ibu bapa ni. Bagi ibu bapa yang sibuk dengan hal kerja, dengan masa yang selalu dicemburui boleh menggunakan SAPS ibu bapa ni, mungkin boleh curi waktu 'lunch' boleh melayari web ini menggunakan telefon pintar atau semasa beriadah dirumah. Senang dan mudah, boleh guna tanpa alasan.
Dengan adanya SAPS IbuBapa ini, ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet, zaman teknologi, semua dihujung jari. Malah, ibu bapa senang nak ikuti perkembangan peperiksaan anak-anak, sebabnya tak semua anak-anak yang suka bercerita tentang keputusan peperiksaan, kalau yang baik mungkin diceritakan, jika sebaliknya tiada berita yang disampaikan oleh anak-anak kerana tidak yakin. Melalui SAPS jugak ibu bapa boleh semak keputusan dengan mudah dan pantas tanpa perlu anak anak beritahu keputusan mereka.
Saya rasa masih ramai ibu bapa yang masih belum tahu cara atau belum reti untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini betul? Jangan risau, di bawah ini adalah cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui sistem SAPS ibu bapa:
Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa.
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses.Tidak perlu banyak 'step', ia sangat mudah dan tapi pastikan simpan nombor kad pengenalan anak. Itu sahaja yang diperlukan.Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses.Tidak perlu banyak 'step', ia sangat mudah dan tapi pastikan simpan nombor kad pengenalan anak. Itu sahaja yang diperlukan.Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.
Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.
Sebaiknya jika keputusan tidak memuaskan ibu bapa boleh membuat tindakan segera dengan mencari tutor atau guru tuisyen untuk membantu meningkatkan lagi keputusan anak-anak. Tidak perlu tunggu untuk berjumpa dengan guru untuk mengetahui prestasi anak, serta cara yang terbaik. Tindakan yang cepat mungkin mendatangkan hasil yang baik. kan?
Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.Ibu bapa tidak ada alasan lagi untuk tidak ada masak untuk ambil tahu keputusan anak-anak, kan?
Tidak salah share perkara yang baik sesama ibu bapa kan? Anak berjaya, cemerlang, gemilang terbilang InsyaAllah aamin.
stepout~~
3 comments:
wahhhh makin canggih.. xpernh taw plak
jemput join giveaway..dh nk tmt tempoh!
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2017/05/giveaway-ayue-idris-x-sgshop-malaysia.html
Alhamdulillah perubahan ke arah lebih baik...
Post a Comment