Sunday, March 19, 2023

ShopeeFood Memberi Ganjaran Kepada Rakan Penghantaran Wanita Untuk Hari Wanita Sedunia

 Sambutan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada sumbagan rakan penghantaranwanita dalam industri penghantaran makanan.

#shopeedeliverslove





Bersempena Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac, ShopeeFood

telah menganjurkan program istimewa bagi memberi penghargaan kepada rakan penghantaran

wanita ShopeeFood di Lembah Klang. Acara ini dilancarkan dengan kerjasama beberapa

jenama terkemuka seperti NIVEA, Marrybrown, Chatime Malaysia dan L'Oréal Malaysia. Hampir

60 rakan penghantaran wanita, bersama rakan-rakan mereka, telah mengambil bahagian untuk

menyambut peristiwa istimewa ini.

Tambahan lagi, ShopeeFood juga telah menganjurkan program pembangunan kendiri, yang

dihoskan oleh pakar sains sosial dan kemanusiaan, Profesor Dr Hadija Mohd, yang merupakan

pengasas rangka kerja Personal Initiative Intelligence (PI-Q).

Rangka kerja PI-Q bertujuan membina kemahiran insaniah yang sangat penting dalam

membantu rakan penghantaran untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Justeru,

pendekatan unik ini dapat memberi fokus kepada pembangunan kualiti dalaman individu seperti

daya tahan, kesedaran diri dan juga empati.

Pada akhir program ini, rakan-rakan penghantaran ShopeeFood telah diberikan satu penilaian

berdasarkan program PI-Q. Tiga rakan penghantaran yang mempunyai skor tertinggi telah

dipilih untuk diberikan biasiswa pembelajaran di universiti yang terkenal untuk melanjutkan

pembelajaran mereka. ShopeeFood telah memilih City Continued Education Centre sebagai

penaja biasiswa pembelajaran ini, yang bernilai lebih daripada RM60,000.

Pada pendapat Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia, sambutan ini merupakan

satu peristiwa penting untuk mengenali sumbangan para wanita di dalam industri penghantaran

makanan.



“ShopeeFood ingin memberikan rakan penghantaran wanita kami persekitaran yang penuh

sokongan supaya mereka berasa selamat dan dihargai. Kami sangat gembira untuk bekerja

dengan pelbagai jenama terkenal untuk mempamerkan penghargaan kami terhadap rakan

penghantaran wanita dengan cara yang lebih bermakna. Program pembelajaran ini akan

membawa banyak manfaat dan juga akan memberi impak yang positif kepada kehidupan

mereka.” kata beliau.

Selain daripada program pembelajaran kendiri, rakan penghantaran juga telah menyertai

bengkel penjagaan kulit dan kebersihan diri yang ditaja oleh NIVEA. Dalam bengkel ini,

pakar-pakar daripada NIVEA telah membuat demonstrasi tentang penjagaan kulit dan

kebersihan diri yang bermanfaat kepada rakan penghantaran yang sering sekali terdedah

kepada pelbagai jenis cuaca semasa melakukan pekerjaan. Pada akhir sesi ini, rakan

penghantaran diberikan produk-produk NIVEA untuk menolong mereka dengan memulakan

cara penjagaan kulit dan kebersihan diri yang baru.

Sebagai acara utama sambutan ini, ShopeeFood telah menganjurkan satu panel perbincangan

yang juga telah disiarkan secara langsung dalam aplikasi Shopee dan juga media sosial

ShopeeFood. Perbincangan menarik ini membawa tiga wajah terkenal di Malaysia untuk kongsi

pengalaman mereka dalam melalui cabaran hidup dan perjalanan mereka menuju ke kejayaan.

Para panelis adalah:

● Datuk Shalin Zulkifli, merupakan seorang pemain boling profesional dan bekas atlet

negara yang telah mewakili Malaysia selama 28 tahun dalam pelbagai persaingan

antarabangsa. Pada masa kini, beliau telah pun memegang 5 gelaran kejohanan

sedunia. Beliau juga merupakan penyokong vokal untuk hak kesaksamaan jantina.

● Nandini Balakrishnan, merupakan seorang pengaruh media sosial dan producer video

yang bekerja dengan syarikat media terkenal di Malaysia. Dia telah menulis secara

meluas tentang diskriminasi dan kerja beliau telah ditampilkan di pelbagai penerbitan

antarabangsa. Pada tahun 2021, Nandini telah diberi anugerah Women of The Future

Awards Southeast Asia dalam kategori seni dan budaya.

● Natasha Helwa Binti Ramlee, merupakan seorang usahawan wanita dan peniaga

ShopeeFood. Beliau merupakan anak sulung kepada tiga beradik yang mengasaskan

restoran Tiga Budak Gemok. Mereka bermula daripada kecil dengan mendirikan gerai di

bawah pokok dan kini restoran Tiga Budak Gemok telah pun berkembang pesat dan

boleh dijumpai di lebih daripada enam negeri di Malaysia.


Sebagai pengakhiran program sambutan Hari Wanita Sedunia ShopeeFood, rakan

penghantaran menjamu selera dengan makananan yang ditaja oleh Marrybrown dan Chatime

Malaysia. Antara makanan yang dihidang adalah Nasi Lemak MB dari Marrybrown dan pelbagai

variasi minuman dari Chatime Malaysia, seperti Grass Jelly Roasted Milk Tea, Mango QQ,

Lychee QQ dan Passionfruit QQ. Sebelum bersurai, rakan penghantaran diberi cenderahati

yang ditaja oleh L'Oréal Paris yang bernilai lebih daripada RM12,000.

ShopeeFood Mid Month Sale


Untuk satu hari sahaja, pada 15 Mac 2023, dapatkan diskaun pada pelbagai makanan dan

minuman di ShopeeFood. Nikmati:

● Diskaun Super Deals sehingga RM21

● Diskaun sehingga RM30

● Penghantaran Percuma (RM0 Pembelian Minima)

Mengenai ShopeeFood

ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi,

daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi.

Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan pengguna sebuah pengalaman

penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di samping membantu peniaga mendigitalkan

dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka.

Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay,

ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta

memberi ganjaran.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet

pengguna global yang terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah

termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan digital,

SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil

melalui teknologi.



No comments: