Tuesday, May 30, 2017

Onde-onde atau Kuih Gula Melaka

Assalamualaikum.


Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua umat Islam.
Apa menu wajib yang menjadikan kegemaran setiap kali bulan Ramadhan?

Kalau ateng ada dua, murtabak atau onde-onde, tapi murtabak tak reti buat, onde-onde jela. Tapi memang datang nak buat mood onde-onde ni masa bulan Ramadhan je la. haha Unik kan ;p




Jadi harini ateng nak share resepi salah satu menu kegemaran ateng, onde-onde tapi ada jugak yang panggil Kuih Gula Melaka,

Bahan-Bahan: 
Tepung pulut - ikut suka berapa banyak
5 helai daun pandan - jus pandan secukupnya
Gula melaka - potong kecil atau tumbuk kalau rajin

1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja

Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit kapur 



Cara cara: 
Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.

Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau ditumbuk supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.  

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. 

Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.

Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan. 



Kena golek masa tengah panas tu tau, nanti sejuk dah tak boleh bergabung dengan kelapa tu. Jadi tak cantik.






Haa, nak share ni ateng guna periuk stainless steel ni, ada tiga jenis, ateng guna yang paling besar sebab nak buat banyak nak bagi dekat jiran tetangga sikit, periuk ni best senang nak cuci, senang digunakan, memudahkan kerja memasak, hehe. Tahu tak boleh dapatkan periuk macamni dekat Lazada? klik SINI.




Bila dah siap boleh lah hidangkan dalam mangkuk yang lawa ni, tunggu waktu berbuka dan makan. Guna yang ala-ala mangkuk ni senang nak hidang sebab dapat banyak. Cantik kan?Boleh dapat dekat lazada tau, klik SINI 





Sebenarnya ateng cerita ni sebab Lazada tengah mengadakan promosi Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale. Best kan?
Jualan murah ni berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun 2017, jadi boleh lah sesiapa nak cuci mata sambil klik klik dan rembat yang mana dah lama perhati tu. Potongan harga sehingga 90% tau rugi lah kalau tak rembat, macam-macam ada dekat Lazada, rambang mata ateng haa. Bukan sahaja periuk, pinggan, mangkuk, makanan kering pun ada, ala nak senang korang pergi serbu.
Tiada istilah menyesal kalau beli tapi menyesal kalau tak beli, boleh lah beli periuk macam ateng tu sekali lepastu try buat onde-onde ni, sedap tau :p


Selamat mencuba resepi dan selamat ber-shopping!

5 comments:

Yatie Owner said...

Taniah menang contest lazada dear ;)

Cik Tie said...

Tahniah !! Menang contest lazada

aienie NKA said...

tahniah menang contest awak~

Maria Firdz said...

Tahniah menang contest Lazada..

Sizzling Suzai said...

salam kenal hi dtg sni pon sbb awk mng lazada ni hehe congratulation :)