Friday, December 29, 2017

Grand Opening Pak John Steamboat IOI City Mall, Putrajaya

Assalamualaikum,
tengah countdown nak sambut tahun 2018 ke tewww?
ada ni haa ateng nak share satu tempat yang korang boleh habiskan masa bersama sahabat rapat sebelum 2017 meninggalkan kita.

sebelum ni ateng pernah kongsi Tempat Wajib Steamboat Dekat Perlis,
tapi kali ni ateng nak share steamboat yg ada 160 jenis pilihan makanan dengan harga mampu milik.




Siapa pernah dengar Pak John Steamboat & BBQ?

Cawangan pertama nya yang dibuka pada tahun 2013 di e@Curve Mutiara Damansara, kini cawangan kedua dia IOI City Mall Putrajaya setelah 6 tahun beroperasi.
Pak John Steamboat dirasmikan oleh pelakon dan pengacara tv yang terkenal ROSYAM NOR sempena ulang tahun Pak John Steamboat & BBQ yang ke-6.
Dengan panggilan Pak John lebih mudah diingati, friendly dan lebih mesra dalam hubungan seharian rakyat Malaysia, hiks.


Meh rapat-rapat ateng nak kongsi apa yang menarik tentang Pak John Steamboat & BBQ ni,



 Pak John Steamboat & BBQ ni yang ada pelbagai pilihan sup tau, selalunya kalau tempat lain ada sediakan dua jenis samaada sup atau tomyam tapi kalini lain, boleh pilih yang mana berminat
Ateng ambil tomyam sbb memang favourite dan kami refill dua kali sebab terlampau sedap hehehe 

Selain itu, Pak John Steamboat & BBQ ni ada lebih kurang 20 jenis sos dan sambal mengikut jenis selera kita, nak masam ke, manis ke, terlebih pedas ke, nak masam manis pedas pun ada tau, ehek korang patut cuba, tak rugi satu sen pun k.

Pak John Steamboat & BBQ juga mempunyai tempat yang sangat luas sehingga mampu menampung 150-200 orang dalam satu masa, tempat yang sangat selesa dan boleh pilih dan tempat indoor ( berhawa dingin) atau outdoor ( fresh air). Walaupun boleh muat ramai tetap selesa k.



Dan yang paling ateng suka,
ada 160 jenis pilihan termasuk aiskrim dan dimsum hehe









Kalau pergi memana tempat steamboat ateng paling teruja kalau ada seafood yang segar bugar tapi kalini terlebih teruja sebab seafood dia banyak jenis, 
bukan setakat udang sotong ada ketam jugak okay, ketam bakar yumss,
selain ayam, itik, kambing, lembu, abalone pun ada.

belum lagi pencuci mulut yang pelbagai, 
waffle pun ada tau,
ABC pun ada,
aiskrim pun ada,

Minuman pun pelbagai jenis,
memang terbaik,

Harga?

RM 42.90 per person for adult,
kalau children murah sedikit tapi berbaloi baloi sangat ateng tak tipu,
boleh stay lelama,
makanan banyak rasa taknak balik nak berborak sambil makan sesuai lah dengan trademark nyaa,
"WE ONLY SERVE QUALITY & FRESH"
sebab makanan segar, banyak pilihan, sedap, dan harga yang sangat berpatutan.



Ateng harap Pak John Steamboat & BBQ buka satu cawangan dekat utara, 
sebab ateng dari utara so nanti kalau nak makan steamboat cari PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ je senang. Dan dijamin HALAL okehh, jangan risauuu ada sijil halal gaiss.

nah ateng bagi details nak contact untuk senang korang booking seat nak gather dengan kengkawan ke family ke nanti, dan ateng jamin korang taknak balik, heee

PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
GE-11, GROUND FLOOR
IOI CITY MALL
LEBUH IRC, IOI RESORT CITY
62502 PUTRAJAYA, SEPANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Instagram : www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq
@pakjohnsteamboatbbq
Hotline : 0122528289

Ateng memang suka pergi steamboat ni kalau lebih dari 10 orang sebabnya dengan main masak-masak ni dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, kawan-kawan kelas, boleh lepak lelama dan makan banyak-banyak dalam suasana yang santai. Alaaa rindunyaa nak lepak steamboat, tapi kalini ateng tak bawak kengkawan kelas, tapi kengkawan blogger jee.
Lepak tempat steamboat paling best sambil makan, sambil masak, kenangan jadi lebih berharga tau,
PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ port lepak ateng lepasni :D

1 comment:

PERMATABIRU said...

menariknya makanan-makanan dekat situ