Sunday, April 29, 2018

Rumah Transit Untuk Pasangan Belia Yang Akan Berkahwin.

Assalamualaikum

Kawan-kawan sebaya ateng ramai yang dah kahwin, ateng je yang masih belajar menstabilkan ekonomi sendiri. Kebanyakkan nya merungut rumah sekarang mahal-mahal, rumah sewa pun sebulan dah beratus-ratus padahal rumah biasa ja, terutama sekali kalau yg tinggal di kawasan yang sara hidup tinggi seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan ni,
nak cari rumah susah, walaupun rumah sewa.

Tapi baru-baru ni ateng ada baca tentang Rumah Transit,

Korang tahu tak Rumah Transit tu apa?

Rumah Transit adalah dibawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk pasangan muda pertama di ibu negara untuk tahun 2019. Lokasinya di Pangsapuri DBKL Kampung Sungai Udang Segambut. Rumah Transit ini adalah rumah sementara untuk disewakan bagi golongan belia baru berkahwin tetapi tidak berkemampuan untuk menyewa rumah di kawasan yang sara hidup tinggi seperti Kuala Lumpur atau berdekatan.

Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih mesra dengan Ku Nan memberitahu pembinaan 1,251 unit merangkumi dua blok setinggi 32 tingkat dan satu blok setinggi 34 tingkat di tanah seluas 2.2 hektar khusus bagi golongan belia dan pasangan muda baharu kahwin secara sementara sebelum memiliki kediaman sendiri.

“Rumah transit dengan kos pembinaan sebanyak RM300 juta melibatkan kawasan seluas 5.51 ekar kini 30 peratus dalam proses pembinaan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan, surau, parkir dan gelanggang futsal.
Ia hanya layak untuk disewa kepada golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM10,000 yang bekerja di Kuala Lumpur. Setiap unit dibina dengan keluasan 807 kaki persegi mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.Pangsapuri itu juga dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, kolam renang dan dewan serbaguna. 



Dengan kadar sewaan sebulan yang murah dengan hanya RM800 dan dalam jangka masa selama lima tahun kepada DBKL yang RM300 daripada jumlah sewaan bulanan itu akan disimpan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan dipulangkan semula sebagai deposit apabila mereka sudah mampu memiliki rumah kediaman sendiri nanti.Jumlah keseluruhan deposit akan mencecah RM18 000. berbaloi bukan?

Ateng rasa usaha Kementerian Wilayah Kuala Lumpur ni sangat berkesan untuk pasangan yang baru merancang untuk berkahwin mendaftar Rumah Transit ni. Ini dapat mengurangkan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah kekal di kawasan Kuala Lumpur terutamanya. Namun dengan inisiatif ini pasangan belia dapat membuat simpanan secara berperingkat untuk memiliki rumah sendiri.



Ateng sokong dan setuju dengan inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membatu golongan belia yang ingin berkahwin dan tinggal bersama boleh mencuba mendaftar Rumah Transit ni, dapat mengurangkan kos pembiayaan bulan kerana Rumah Transit ini sangat murah dan mampu dimiliki malah sangat selesa dengan pelbagai kemudahan terutama golongan belia yang menetap di Kuala Lumpur bandaraya yang pesat ini. Tiada lagi alasan tida boleh kahwin kerana belum cukup aset penting seperti rumah dan kereta, semua itu mampu diusahakan secara ber peringkat.


Tetiba ateng pulak yang rasa nak kahwin tahun depan dan menetap di Kuala Lumpur bila baca tentang inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ni. lagipun kos ateng belajar memang banyak peluang dekat Kuala Lumpur ni, jadi kenapa tidak? hehehe

34 comments:

aswadz said...

good inisiatif. at least takde la teruk sangat nak fikir pasal rumah lepas dah kahwin.

Cekgu Norazimah said...

Untungnya golongan belia bila ada program macam ni. Membantu sangat 👍

Fara Lumière said...

Sewa murah... Time ni la blh menabung

Nina Mirza said...

Beruntungnya belia sekarang dengan ada nya program sebegini. Rugi sapa yang rebut peluang keemasan yang ada ni kannn...

Papaglamz said...

Sgt membantu golongan belia yg baru mendirikan rumahtangga

sHaRiNa eLyaNa said...

bru dgr psl program rumah transit ni, bgus tuk bntu mereka yg baru kahwin

Eyqa Hasnan said...

Rugi tak mohon pada siapa yang layak. Program membantu golongan belia

Mrs Pip said...

yang belia baru kawin tu dan belum ada rumah, bolehlah cuba memohon...

Hanim said...

sementara nak beli rumah baru, boleh je guna kemudahan sebegini kan

Fieza Sani said...

bagusla inisiatif ni...lega pasangan2 yang baru berkahwin..tau la duk sewa kat KL ni, mmg sakit kepala tgk harga sewanya...beribu sebiji rumah...

Ematunz said...

pasangan muda yang nak berkahwin tu kena amik tahu pasal ni. rugi tau kalau tak apply

::EIDA:: said...

Bestnya org baru kawen. Bab rumah settle. Xyah pk mcm2 dgn adanya rumah transit niii 👍🏻👍🏻

Shafyqah Azahar said...

baguslah dbkl ni, adakan projek yang dapat membantu golongan belia

umifuzy said...

Para belia KL kena ambil peluang ni cepat2..

AZ said...

Kena cepat ni nak apply, tapi belum nak kawin lagi lah... Hehe... bagus bila ada peluang macam ni...

Luqman Zakaria said...

terbaiklah DBKL buat program yang menuntungkan anak anak muda.

Inani Hazwani said...

Bagus sangat bila ada bantuan macam ni. Boleh lah apply siapa yang layak tu.

Sayidah Napisah said...

tudiaa peluang keemasan bagi pasangan muda yang baru berkahwin di WP!

Cikla Shahril said...

Bagus jugk program ni. Mmg patut diteruskan

Cik Puan Ena said...

Beruntung taw pd mereka. Mcm ena n suami beli rumah sndiri.nk sewa mahal n susah cri.hrga lebih kurang sama.cepat2 la rebut peluang

marshalizadotcom said...

Sewa dia affordable sangat...kalau tak 2x ganda

Noor Akma said...

Satu inisiatif yang bagus dari kerajaan utk warganya.... :)

safurara said...

Alhamdulillah. Kemudahan utk pasangan muda.

iuzira said...

bestnya murah juga sewenya, rasa nak kawen sekarang je takde la beban duduk KL walaupun pendapatan sikit

Eintan Nurfuzie said...

bagusnya ada program cmni.. bantu golongan muda ni.

Ana Jingga said...

Bagusnya kan.. golongan muda memang la banyak benda belum bersedia biasanya

Fatimah Nabila said...

ni yg rsa nk kawen cepat ni..
ala, bila penang ke, kedah ke nk buat mcm ni jugak..
zaman sekrang ni rumah bukan senang nak beli..

apekinahdotcom said...

sementara nak beli rumah sendiri sewa dulu rumah transit. cukup kontrak dapat balik duit RM300 selama sewa tu boleh buat bayar deposit rumah

Auni Muthal'lib said...

Rezeki pasangan baru berkahwin :)

Fiza Rahman said...

Bagus program macam ni. Sebab sewa rumah dah mahal.

SIQAHIQA said...

Bagus program camni. Membantu pasangan muda yang baru berkahwin..

Siqah datang nak jemput join giveaway di blog SIqah jika ada kelapangan ye :)

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Maria Firdz said...

Alhamdulillah.. rezeki untuk anak muda...

Dunia Zumal said...

Peluang yang bagus untuk anak muda

Pha Is said...

bagusnya ada inisiatif macam nih..