BUKIT MERTAJAM, 18 JULAI 2019 – Susulan kejayaan besar Jualan Buku Big Bad Wolf di Gurney Paragon pada tahun
lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf kembali lagi ke Pulau Pinang pada 18 hingga 28
Julai 2018, bertempat di Mydin Mall Bukit Mertajam! Warga Pulau Pinang diseru
agar tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Jualan Buku tersebut yang akan
dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam selama 11 hari dan masuk
adalah PERCUMA!
Dikenali kerana menawarkan diskaun menarik
antara 75% hingga 95% berbanding dengan harga runcit yang disyorkan, Jualan
Buku Big Bad Wolf akan menampilkan koleksi buku beraneka yang terdiri daripada genre
yang berbeza. Dalam sepanjang tempoh Jualan Buku berkenaan, para pelanggan
boleh mendapatkan buku-buku dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dari judul-judul
terlaris hinggalah novel remaja, buku kanak-kanak, kisah cinta, sains fiksyen,
jenayah, thriller, buku perniagaan, seni dan reka bentuk, buku masakan dan
banyak lagi.
“Berdasarkan pengalaman Jualan Buku Big
Bad Wolf Pulau Pinang yang lalu dan juga dengan pembukaan cawangan BookXcess di
Gurney Paragon pada awal tahun ini, kami mendapati bahawa masyarakat Pulau
Pinang sememangnya gemar membaca buku dan sentiasa menyokong kami. Dengan itu,
Pulau Pinang telah menjadi satu destinasi yang mesti kami lawati untuk Jualan
Buku kami . Disamping itu, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan
serta maklum balas yang diberikan. Kini, kami kembali lagi dan untuk kali ini kami
akan membawa Jualan Buku ini ke Seberang Perai,” kata Pengasas Jualan Buku Big
Bad Wolf, Andrew Yap.
Sementara para pengunjung mempunyai pilihan beraneka
jenis buku daripada pelbagai genre yang berbeza, ibu bapa yang hadir
juga pasti akan berasa teruja kerana dapat menemukan buku-buku yang sesuai
untuk si kecil mereka. Yakin bahawa minat membaca perlu dipupuk dari awal usia,
Jualan Buku Big Bad Wolf turut menawarkan pelbagai pilihan buku kanak-kanak
yang terdiri daripada buku aktiviti, buku mewarna, buku cerita dan banyak lagi.
Selain daripada buku-buku yang disediakan, para ibu bapa
juga boleh mendapatkan Buku Ajaib yang turut dijual dengan potongan harga
istimewa sepanjang tempoh Jualan Buku berkenaan dijalankan. Dengan menggunakan teknologi
Augmented Reality (AR) yang merevolusikan cara si kecil membaca, Jualan
Buku ini akan menampilkan 13 judul menarik dengan kandungan yang terdiri
daripada kisah teladan dan kisah dongeng terkenal. Disamping watak-watak yang “boleh
dihidupkan”, buku-buku interaktif ini dapat membantu proses pembelajaran
kanak-kanak di mana mereka boleh membaca, bermain dan belajar pada masa yang
sama.
Selain daripada itu, Jualan Buku Big Bad Wolf di Pulau
Pinang tahun ini turut menampilkan lebih daripada 40 penerbit tempatan seperti
Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi yang sedia menawarkan buku-buku
pendidikan pada harga yang istimewa. Turut ditawarkan di Jualan Buku berkenaan
ialah judul-judul novel kegemaran rakyat Malaysia oleh Buku Fixi, Lejen Press,
DuBook Press dan Iman Publication.
Berpegang
teguh kepada kepercayaan bahawa setiap insan di dunia ini berhak untuk belajar,
Jualan Buku Big Bad Wolf telah mengaktifkan sayap Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR) miliknya iaitu program Red
Readerhood (RRH) menerusi hasil kerjasama dengan empat organisasi tempatan iaitu
Teach For Malaysia, Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Pulau Pinang, Rumah
Kanak-Kanak Salvation Army Pulau Pinang dan HOPE worldwide Pulau Pinang. Bagi
memulakan program Red Readerhood ini, Jualan Buku Big Bad Wolf akan
menyumbangkan 200 buah buku kepada kanak-kanak berusia antara 5 – 17 tahun di
bawah jagaan organisasi-organisasi berkenaan. Para pengunjung juga dialu-alukan
untuk turut menghulurkan bantuan dengan mengunjungi sudut Red Readerhood yang
terletak berdekatan kaunter pembayaran dan boleh menyumbangkan buku mengikut
pilihan masing – masing.
Sejak
permulaannya pada tahun 2009, Jualan Buku Big Bad Wolf bertegas untuk meneruskan
usahanya serta penjelajahannya ke seluruh dunia dengan membawakan buku-buku
pada harga mampu milik. Tahun ini, Jualan Buku Big Bad Wolf telah berjaya
menjelajah ke negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Negeri
Sembilan dan akan membuat kemunculan di negeri-negeri lain seperti Terengganu
dan banyak lagi sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk meraikan Jualan Ulang
Tahun Ke-10 pada Disember tahun ini.
Selain daripada buku, para pelanggan juga boleh
mendapatkan magnet serta lencana Big Bad Wolf di Jualan Buku berkenaan.
Untuk mendapatkan maklumat terkini harian, sila
ikuti #BBWPENANG2019 di:
FACEBOOK: fb.com/bbwbooks
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks
Maklumat
mengenai acara:
Jualan Buku Big Bad Wolf Pulau Pinang 2019
Tempat:
Mydin Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tempoh
Jualan: 18 – 28 Julai 2019
Masa:
10:00 pagi – 12:00 tengah malam
Masuk
adalah PERCUMA!
3 comments:
Nanti kalau ada pulak nak pergi la
sedang tunggu bbw ni kat melaka.
sgt nak gi.
borong buku :)
tak dapat nak pergi hari tu.
maybe next time dapat kot
Post a Comment