Bayangkan anda perlu
mengambil sesuatu dari sebuah kotak tanpa mengetahui isinya, membuat teh tarik
sambil mencangkung atau menghirup sup
tomato yang ditambah dengan sos tabasco. Sanggupkah anda lakukan semua itu demi
wang? Apatah lagi, untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik?
Selebriti-selebriti
seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato' Sosilawati, Lia Natalia, As’ad
Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Sarah Hildebrand, Fahrin
Ahmad, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Sophia Liana serta bintang-bintang
gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan sanggup menyahut
cabaran-cabaran ini untuk meraih dana bagi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam
#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.
#ShopeeMAKNA 11.11
Charity Challenge ialah kempen kebajikan pertama Shopee yang berusaha sedaya
upaya untuk meraih dana yang akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu
yang memerlukan rawatan. Dana turut akan digunakan untuk penyelidikan serta
perkhidmatan sokongan oleh MAKNA.
Saksikan
selebriti-selebriti ini menjerit dan menggelabah dalam pertunjukan amal yang
akan disiarkan secara langsung di Shopee
Live pada jam 9 malam, 11 November yang boleh ditonton melalui telefon
pintar anda. Sokong bintang-bintang pujaan anda serta berikan kata-kata galakan
untuk menguatkan semangat mereka melalui ruangan komen. Selain itu, pertunjukan
ini boleh ditonton melalui Astro Prima SD (Saluran 105) dan Prima HD (Saluran
121).
Anda juga boleh
memainkan peranan anda untuk menyokong perjuangan menentang kanser dengan
menghulurkan sumbangan. Mudah sekali untuk anda menderma dari serendah RM5
hanya dengan beberapa klik di sini – https://shopee.com.my/shopeemakna.
Kempen 11.11 Big Sale
Terbesar Shopee memberikan penjimatan sehingga 90%... Jadi, bolehlah dermakan
wang yang anda jimat kepada MAKNA.
#ShopeeMAKNA 11.11
Charity Challenge akan diadakan sempena 11.11
Big Sale Shopee, bermula sekarang hingga 11 November. Kempen beli-belah ini
kembali dengan promosi tanpa tandingan dan menawarkan lebih banyak cara untuk
membeli-belah dalam talian tanpa mengeringkan poket anda:
a)
Penghantaran percuma ke seluruh
negara dengan perbelanjaan minimum RM11
b)
Pulangan tunai harian sehingga
111%
c)
Beli sebuah Toyota Vios dengan
hanya RM1
d)
Tuntut baucar menarik sekarang
untuk digunakan pada 11 November dari 12
pagi hingga 2 pagi, 12 tengah hari
hingga 2 petang, dan 8 malam hingga
12 pagi.
e)
Jualan Kilat Harian Shocking Sale sebanyak 9 kali pada 11
November dengan tawaran serendah RM1.
f)
Menangi ganjaran, baucar dan Shopee
Coins dengan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Shopee Quiz,
Shopee Lucky Egg, Voucher Together-Gether, dan gunakan kemenangan itu untuk
mengurangkan kos pembelian seterusnya.
2 comments:
bagusnya shoppee nih..
Aduhhh xsggup aihh. ..
Bagus jugak charity mcm ni. .
Post a Comment