Wednesday, January 1, 2020

Goodbye 2019 - Tahun Airmata

Assalmualaikum.
kejapnya rasa dah habis 2019.


2019 adalah tahun yang paling perit,
keperitan tu sampai tak boleh cerita dekat sesiapa kecuali Dia.
Tahun airmata lah jugak bagi seketoi yang susah nak nangis ni,
dua tiga bulan nangis nonstop,
bermula 15 Julai 2019,
baru sehari balik untuk cuti semester terus Allah bagi ujian,
memang tak cuti langsung berlanjutan sampai masuk semester seterusnya,
benda takkan lupa sampai bebila,
sebab banyak bagi pengajaran, teladan dan banyak belajar ilmu baru,
banyak nangis,
setiap masa nangis sampa berbulan baru kuat sikit,
memang masa ni cakap sikit terus nangis,
air mata ja terang semuanya,
solat nangis,
mungkin airmata penghapus dosa lalu, eh.
tapi kekuatan sentiasa ada dengan hadirnya orang sekeliling yang baik baik,
rezeki Allah.
Julai sampai November nangis ja,
tetiba eh,

penghujung 2019 Allah bagi kemanisan sepanjang Disember ni,
terlalu manis.
selepas hujan hadirnya pelangi.

What did 2019 teach me?
-Jangan pernah berhenti berdoa.
-Sentiasa berprasangka baik dengan setiap dugaan Allah.
-Sabar itu terlalu indah.
-Sentiasa sebut yang baik dan indah.
- Sentiasa bersyukur dan redho.

2020?
Improve myself to be better than before,
and I am ready.
moga yang indah indah datang.
moga terus kuat diri sendiri.
Selamat tinggal 2019.

4 comments:

aswadz said...

welcome year 2020.

Syaaaa said...

Semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya :)

Siti Yang Menaip said...

jangan pernah putus asa adik manish. boleh nanges tapi lepas tu bangkit semula. insyallah.. semoga tahun baru kita semua lebih ceria dan bahagia =)

Silah Hassy said...

jadi terbukti la untuk awak pelangi kan muncul setelah hujan. =) doakan pelangi saya juga. Heee